Showing posts with label Persoalan. Show all posts
Showing posts with label Persoalan. Show all posts

Thursday, November 01, 2012

Pendapat Imam al-Bukhari Tentang Anjing

Pendapat Imam al-Bukhari Tentang Anjing
Oleh Lutfi Latif

Dengan Nama Allah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 
Segala pujian bagi Allah SWT dengan limpah kurnia, rahmat dan kasih sayang-Nya, saya masih diberikan kudrat untuk menulis di blog ini. Saya juga bersyukur kerana pada kali ini, Allah SWT telah memberikan saya semangat untuk membaca kitab Fath al-Bari Syarh Sahih al- Bukhari karya Syeikh al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani

Baru-baru ini teman saya ada membawakan sebuah rakaman video tentang fiqh Imam al-Bukhari berkaitan dengan anjing. Apakah ianya najis atau tidak? Perkara inilah yang mendorong saya untuk menulis tentang anjing  dan apakah yang telah disyarahkan oleh Syeikh Ibnu Hajar al-Asqalani. 

Imam al-Bukhari pada awal perbincangan berkaitan dengan anjing telah membawakan pendapat Atha' bin Abi Rabah, al-Zuhri dan Sufyan al-Tsauri tentang kesucian air liur anjing. 

وَكَانَ عَطَاءٌ لاَ يَرَى بِهِ بَأْسًا أَنْ يُتَّخَذَ مِنْهَا الْخُيُوطُ وَالْحِبَالُ ، وَسُؤْرِ الْكِلاَبِ وَمَمَرِّهَا فِى الْمَسْجِدِ . وَقَالَ الزُّهْرِىُّ إِذَا وَلَغَ فِى إِنَاءٍ لَيْسَ لَهُ وَضُوءٌ غَيْرُهُ يَتَوَضَّأُ بِهِ . وَقَالَ سُفْيَانُ هَذَا الْفِقْهُ بِعَيْنِهِ ، يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى ( فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا ) وَهَذَا مَاءٌ ، وَفِى النَّفْسِ مِنْهُ شَىْءٌ ، يَتَوَضَّأُ بِهِ وَيَتَيَمَّمُ 

Kemudian, Imam al-Bukhari telah membawakan beberapa hadis yang menjadi dalil bagi pendapat tersebut. Pertama, hadis yang menyebut "Jika anjing minum dalam bekas salah seorang di antara kalian, maka basuhlah bekas tersebut sebanyak 7 kali."

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ « إِذَا شَرِبَ الْكَلْبُ فِى إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْسِلْهُ سَبْعًا 

Hadis yang semakna dengannya telah dijadikan dalil di sisi mazhab Syafi'i tentang kenajisan anjing. Tetapi hadis-hadis ini mendapat kritikan yang hebat. Ini kerana hadis-hadis yang menyebutkan tentang basuhan jilatan anjing itu adalah diriwayatkan oleh Abu Hurairah, padahal Abu Hurairah sendiri tidak mengamalkan hadis tersebut kerana berfatwa memadai membasuh sebanyak 3 kali sahaja. Oleh sebab itu, ulama mengkritik hadis ini kerana perawi (orang yang meriwayatkan) sendiri tidak mengamalkan hadis tersebut. 

Tetapi, Syeikh Ibnu Hajar telah memberitahu bahawa kenyataan itu tidak boleh diterima, kerana terdapat riwayat lain yang menyebutkan bahawa Abu Hurairah menyuruh membasuh sebanyak 7 kali akan jilatan anjing. 

Kritikan kedua terhadap hadis tersebut ialah ada hadis lain yang menyebutkan bukan bilangan 7 kali basuhan, tetapi sebanyak 8 kali basuhan dan riwayat 8 kali basuhan ini adalah riwayat yang sahih.

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « طُهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولاَهُنَّ بِالتُّرَابِ 

Seolah-olah menunjukkan bahawa Mazhab Syafi'i dan Mazhab Hanafi sama-sama tidak mengamalkan hadis, sebab menurut mazhab Syafi'i perlu basuh sebanyak 7 kali. Tetapi menurut mazhab Hanafi, memadai basuh 3 kali. 

Kemudian, Syeikh Ibnu Hajar berkata bahawa riwayat yang menyebutkan bilangan 7 kali dan 8 kali itu mungkin boleh digabungkan. Jika mengamalkan riwayat yang menyebut 8 kali maka sekaligus mengamalkan riwayat yang menyebut 7 kali, tetapi tidak sebaliknya. Sungguhpun demikian, ada ulama yang menjelaskan bahawa riwayat yang menyebut 8 kali itu bilangan kelapan ialah sebagaimana yang disebutkan oleh teks hadis, "dengan tanah." 

Jadi, mereka yang basuh sebanyak 7 kali basuhan kerana pada salah satu basuhan itu telah dicampurkan air dengan tanah (air + tanah = air tanah). 

Manakala riwayat yang menyebut sebanyak 8 kali itu sekiranya tidak dicampurkan air dengan tanah (maksudnya mula-mula bekas itu digosok dengan tanah kemudian dibasuh sebanyak 7 kali basuhan dengan air). 

Setelah itu, Imam al-Bukhari membawa pula sebuah hadis tentang seorang lelaki melihat seekor anjing yang kehausan, lalu ia mengisi air pada kasutnya dan membawa air itu kepada anjing untuk diminum, Allah pun redha syurga buat lelaki itu. 

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - « أَنَّ رَجُلاً رَأَى كَلْبًا يَأْكُلُ الثَّرَى مِنَ الْعَطَشِ ، فَأَخَذَ الرَّجُلُ خُفَّهُ فَجَعَلَ يَغْرِفُ لَهُ بِهِ حَتَّى أَرْوَاهُ ، فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ فَأَدْخَلَهُ الْجَنَّةَ 

Menurut Syeikh Ibnu Hajar, hukum hadis tersebut belum tentu dapat diterapkan pada masa umat Muhammad SAW, kerana hal ini melibatkan perbincangan seputar Syar' Man Qablana (Syariat Sebelum Kita). Boleh jadi hukumnya sudah terhapus dengan adanya hadis yang menyebutkan suruhan agar membasuh jilatan anjing. Atau mungkin, lelaki tadi bawa air dengan kasutnya tetapi tidak meminumkan anjing tersebut langsung dengan kasutnya. Atau mungkin setelah meminumkan anjing tersebut, lelaki itu mencuci kasutnya. 

Selanjutnya, Imam al-Bukhari telah membawa sebuah hadis untuk menunjukkan kesucian anjing menerusi sebuah hadis yang menunjukkan bahawa pada masa Nabi SAW, anjing-anjing kencing merata-rata dan memasuki kawasan masjid. Namun, mereka tidak pula memerciki air pada tempat yang dilalui oleh anjing tersebut. 

حَدَّثَنِى حَمْزَةُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ أَبِيهِ قَالَ كَانَتِ الْكِلاَبُ تَبُولُ وَتُقْبِلُ وَتُدْبِرُ فِى الْمَسْجِدِ فِى زَمَانِ رَسُولِ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - فَلَمْ يَكُونُوا يَرُشُّونَ شَيْئًا مِنْ ذَلِكَ 

Menurut al-Mundziri, anjing-anjing itu sebenarnya kencing di luar kawasan masjid, kemudian melalui kawasan masjid, kerana pada saat itu masjid masih terbuka (terdedah atau tidak tertutup). 

Syeikh Ibnu Hajar pula berpendapat bahawa anjing-anjing itu melalui kawasan masjid pada saat awal permulaan Islam, ketika itu kemuliaan masjid belum dijaga sebaiknya kerana terdedah. Tetapi setelah itu terdapat riwayat daripada Saidina Umar RA yang menyuruh memuliakan masjid dan menjaga kesucian masjid. 

Saya (Lutfi) mengatakan mungkin ada ulama yang menjadikan hadis ini sebagai dalil untuk menunjukkan kesucian anjing jika dalam keadaan kering, tetapi tidak suci jika terdapat basahan daripada anjing tersebut, kerana anjing yang berada di luar kawasan masjid tadi dalam keadaan basah, manakala ketika berada dalam kawasan masjid ia berada dalam keadaan kering. Walaupun dalil yang lebih tepat dalam hal ini adalah dalil tentang jilatan anjing yang telah disebutkan tadi. 

Kemudian Imam al-Bukhari membentangkan pula sebuah hadis yang menyebut bahawa binatang yang diburu oleh anjing buruan boleh dimakan. Ini menunjukkan kesucian anjing. 

عَنْ عَدِىِّ بْنِ حَاتِمٍ قَالَ سَأَلْتُ النَّبِىَّ - صلى الله عليه وسلم - فَقَالَ « إِذَا أَرْسَلْتَ كَلْبَكَ الْمُعَلَّمَ فَقَتَلَ فَكُلْ ، وَإِذَا أَكَلَ فَلاَ تَأْكُلْ ، فَإِنَّمَا أَمْسَكَهُ عَلَى نَفْسِهِ 

Tetapi Syeikh Ibnu Hajar membantah andaian tersebut kerana hadis itu sekadar untuk menunjukkan bahawa buruan anjing adalah buruan secara syar'i. Rasulullah SAW tidak menyuruh supaya membasuh binatang yang diburu oleh anjing buruan kerana sahabat tersebut sudah mengetahui apa yang perlu dilakukan terhadap binatang yang diburu oleh anjing buruan, yakni mesti dibasuh terlebih dahulu pada bahagian yang dijilat oleh anjing sebelum memasak atau memanggangnya. 

Kesimpulannya, menurut Syeikh Ibnu Hajar al-Asqalani, fiqh Imam al-Bukhari dalam masalah anjing ialah haiwan tersebut tidak najis. Ironinya, pensyarah kitab Sahih al-Bukhari, yakni beliau sendiri (Syeikh Ibnu Hajar) pula berpendapat bahawa anjing adalah najis dan membawakan pelbagai argumen (hujah). 

Wallahu a'lam bis shawab.

Sekian. Wabillahi tawfiq wal hidayah. 
Wassalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. 

Rujukan:
1. Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, karya Syeikh al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani.
2. Al-Sunnah wa Makanatuha fi Tasyri' al-Islami, karya Dr. Mustafa al-Siba'i.





Tuesday, October 23, 2012

Hukum Jual Beli Kucing Samada Haram Atau Sebaliknya


Hukum menjual belikan kucing adalah haram berdasarkan dalil hadits Nabi SAW dan kaidah fiqih (al-qawa’id al-kulliyah).
Dalil hadits Nabi SAW, diriwayatkan dari sahabat Jabir bin Abdillah RA bahwasanya Nabi SAW telah melarang memakan kucing dan melarang pula memakan harga kucing (nahaa [an-nabiyyu] ‘an akli al-hirrah wa ‘an akli tsamaniha) (HR. Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Al-Hakim, hadits shahih. Lihat Imam As-Suyuthi, Al-Jami’ Al-Shaghir, Juz II hal. 191).

Hadits Nabi SAW itu menjadi dalil haramnya memakan kucing dan memperjual-belikan kucing. Jadi kita diharamkan memperdagangkan kucing sebagaimana kita diharamkan memakan daging kucing (Tentang haramnya memakan kucing lihat Asy-Syarbaini Al-Khathib, Al-Iqna`, Juz II hal. 273; Syaikh Zakariyya Al-Anshari, Fathul Wahhab, Juz II hal. 192).

Adapun dasar dari kaidah fiqih, adalah kaidah fiqih yang berbunyi : Kullu maa hurrimaa ‘ala al-‘ibaad fabai’uhu haraam(Segala sesuatu yang diharamkan atas hamba, maka memperjualbelikannya adalah haram juga) (Lihat Taqiyuddin An-Nabhani, Asy-Syakhshiyyah Al-Islamiyyah, Juz II hal. 248).Kaidah ini menjelaskan bahwa apa saja yang telah diharamkan syara’, maka diharamkan pula memperjualbelikannya. Baik sesuatu itu diharamkan memakannya (seperti babi, darah, bangkai, singa, elang, anjing), diharamkan meminumnya (seperti khamr), diharamkan membuatnya (seperti patung atau gambar makhluk bernyawa), atau diharamkan pada segi-segi yang lainnya.

Ketika sudah jelas bahwa syara’ mengharamkan kita untuk memakan daging kucing, maka haram pula menjual belikan kucing berdasarkan kaidah fiqih tersebut.

Dengan demikian, jelaslah bahwa menjual belikan kucing adalah haram berdasarkan dalil hadits Nabi SAW dan kaidah fiqih tersebut. Wallahu a’lam

(Sumber :http://rahma02.wordpress.com/2007/10/09/hukum-jual-beli-kucing/) 



Jumhur ulama berpendapat bahwa dibolehkan menjual seekor kucing, diantara mereka adalah para ulama madzhab yang empat. Sementara sebagian ahli ilmu mengharamkannya, diantaranya az Zhahiriyah, juga dinukil dari Abu Hurairoh, Mujahid dan Jabir bin Zaid oleh Ibnul Mundzir, serta dinukil dari Thawus oleh al Mundziriy. Pendapat inilah yang paling tepat yang ditunjukkan oleh nash, diriwayatkan oleh Muslim dari Abu az Zubeir berkata,”Aku bertanya kepada Jabir tentang uang dari (hasil penjualan) anjing dan kucing? Dia berkata,”Hal itu telah dilarang oleh Nabi saw.”

Abu Daud meriwayatkan bahwa Nabi saw melarang uang dari (hasil penjualan) anjing dan kucing. Baihaqi juga meriwayatkan bahwa Rasulullah saw melarang memakan (daging) kucing dan melarang uang (penjualan) nya.”

Sebagian ahli ilmu telah melemahkan hadits-hadits tersebut akan tetapi pendapat mereka ini tertolak.Imam an Nawawi didalam “al Majmu’” mengatakan,”Adapun apa yang disebutkan oleh al Khottobi dan Ibnul Mundzir bahwa hadits itu lemah maka tidaklah benar karena hadits tersebut terdapat didalam shahih Muslim dengan sanad yang shahih…

Al Baihaqi didalam “as Sunan” memberikan jawaban terhadap jumhur,”Bahwa sebagian ahli ilmu menjadikan hadits tersebut untuk kucing apabila kucing itu liar yang tidak bisa dijinakkan, diantara mereka menganggap bahwa hal itu terjadi pada permulaan islam ketika kucing itu dianggap najis kemudian ketika liur kucing itu diangga suci maka harganya boleh diambil, dan tidak satu pun dari kedua pendapat itu yang memiliki dalil yang jelas.”

Ibnul Qoyyim meyakini akan keharaman penjualannya didalam “Zaad al Ma’ad” dan mengatakan,”Demikianlah fatwa Abu Hurairoh yang juga pendapat Thawus, Mujahid bin Zaid, seluruh ahli Zhahir dan salah satu riwayat dari Ahmad, serta pendapat yang dipilih oleh Abu Bakar, dan inilah pendapat yang benar berdasarkan hadits yang shahih dan tidak adanya pertentangan didalamnya mewajibkan untuk berpendapat seperti ini.

Ibnul Mundziriy berkata,”Sesugguhnya terdapat riwayat dari Nabi saw tentang larangan dari menjualnya dan penjualannnya adalah kebatilan dan jika (tidak ada larangan) maka boleh.” Dan dia telah mengetahui bahwa hadits tersebut adalah betul maka seharusnya madzhab Ibnul Mundzir mengharamkan penjualannya. (Markaz al Fatwa no. 18327)
Wallahu A’lam


(Sumber :http://alilmu-online.blogspot.com/2009/12/syariah-islam-hukum-jual-beli-kucing.html)




Monday, October 22, 2012

Mengubah Persepsi Tidak Mudah

Mengubah persepsi bukanlah perkara yang mudah kerana ia memerlukan ketabahan, kesabaran, kecekalan hati serta buah fikiran untuk diterima oleh umum walaupun menerima cacian, kutukan, penghinaan malah difitnah namun ia mesti diteruskan terutama untuk memperjuangkan hak mereka yang tidak bersuara. 

Pasti ada yang bersetuju dan ada pula yang membantah. Tidak mengapa kerana ia merupakan adat kehidupan tidak semua yang akan menerimanya kadangkala segelintir sahaja. Yang penting mesej telah disampaikan dan perlu diteruskan tanpa putus asa.

Ditakdirkan ada diantara kita yang berbeza pendapat maka terimalah dengan hati terbuka. Usahlah kita saling berdebat dan membiarkan isu berpanjangan kerana pasti tiada huraian yang akan ditemui. Jika sesuatu pendapat itu terbukti kebenaran tetapi tidak punya kekuatan untuk menerima maka tinggalkan ia dan doakan pada mereka yang meneruskan pendapat tersebut semoga diredhai. Jika sememangnya salah maka terima segala teguran dan berusaha untuk perbaikinya walaupun bukannya mudah untuk lakukan sedemikian.

Janganlah kita menjatuhkan hukuman diantara satu sama lain kerana hukuman yang mutlak hanya ada padaNya. Siapalah kita untuk menghukum insan lain sebaliknya doakan antara satu sama lain semoga kehidupan kita ini sentiasa berada di jalan yang benar.



Thursday, October 18, 2012

Binatang Juga Beribadat Kepada Allah


Allah S.W.T berfirman (yang bermaksud):

"Dan beribadatlah kepada Aku, kerana inilah jalan (Agama) yang lurus dan betul". (Surah Yasin : 61).

Bukan hanya manusia sahaja beribadat kepada Allah S.W.T. Malah semua makhluk yang wujud ini adalah beribadat kepada Allah, dengan cara mereka tersendiri.

Ini jelas dari Firman Allah S.W.T (yang bermaksud):

"Tidaklah engkau lihat bahawa makhluk-makhluk di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah. Matahari, bulan dan bintang, bukit-bukau dan pokok-pokok dan juga binatang dan dari jenis manusia. Dan banyak daripada mereka berhak mendapat azab (kerana tidak sujud kepada Allah)". (Surah al-Haq : 17).


Tuesday, October 16, 2012

Walaupun Kita Miskin Harta

Polis bersama Mohd Shahrizan Senan bantu anjing yang cedera 
Masih lagi mengenai topik persepsi segelintir masyarakat dan bagaimana kita sebagai pencinta dan penyelamat haiwan menangani dan menangkis tanggapan yang dianggap negatif atau yang disalahertikan.

Dalam usaha kita membantu haiwan jalanan yang tidak bersuara seperti kucing, anjing dan lain-lain yang teraniaya atas dasar ehsan, objektif kita perlu jelas dan berada dalam lingkungan syariat supaya masyarakat umum tidak melemparkan tanggapan yang serong terhadap tindak-tanduk kita.

Sebagai pencinta haiwan pastinya hati ini tersentuh apabila kita terserempak dengan haiwan jalanan yang kelaparan serta berpenyakit. Ketika itu sudah tentu kita akan menghulurkan bantuan dan pertolongan samada makanan, minuman mahupun tempat perlindungan. Bukan itu sahaja malah kita sanggup menghantar mereka ke pusat rawatan mengikut kemampuan tanpa mengira waktu dan  keadaan.

Di bawa untuk dirawat
Sebagai seorang pencinta haiwan dan juga penyelamat pastinya memerlukan kita menyentuh maupun mengangkat haiwan yang tercedera seperti anjing.  Pada saat itu, keperluan menyelamat adalah lebih utama dari menjaga adab. Apa yang pasti  akan timbul persepi dari segelintir masyarakat yang memandang sinis dengan melemparkan tohmahan bahawa kita telah telah mengenepikan hukum halal dan haram. Sedangkan kita pada masa itu sebenarnya sedang melakukannya kerja yang murni atas dasar ehsan sesama makhluk.  Dalam situasi ini kita harus tegas dan yakin dengan apa yang kita lakukan tanpa menghiraukan apa yang bakal diperkatakan kerana Allah lebih mengetahui akan niat kita.

Mungkin ada juga yang ingin mendekati anjing. Ketika itu terlintas di hati apakah yang  patut dilakukan sebagai memulakan langkah pertama.  Mungkin ada yang terus mendekatinya lalu bila didapati mereka mula mesra terus membelai tanpa memikirkan apa yang akan diperkatakan oleh orang yang melihat kemudiannya. 

Bagi Aunty langkah ini boleh dilakukan, namun harus berhati-hati dengan menghindari situasi yang boleh mencetus kontraversi agar masyarakat tidak berprasangka bahawa kita menganggap haiwan ini sebagai haiwan peliharaan yang boleh bermain bersama dan bermesra melebihi had yang dibenarkan seperti berpelukan dan berciuman. Berdasarkan pengalaman Aunty, untuk mendekati haiwan ini, kita perlu membawa kibbles dan memberi makan serta minum pada jarak yang dapat mengelakkan kita dari diserang anjing. Ini harus dilakukan secara rutin sehingga pada suatu ketika mereka dengan sendiri akan menghampiri kita dan mengenal pasti tujuan kehadiran kita.  Bila keadaan sudah selesa maka ia memudahkan tugas kita dalam banyak perkara.  Kepercayaan anjing harus dimenangi dahulu untuk kita terus membantu mereka. Anjing ini bersifat setia, bilamana kita memberi makan atau minuman maka mereka pasti akan menunggu kita di tempat dan waktu yang sama walaupun bertahun lamanya.  Dari itu jika kita sudah memulakan rutin sedemikian maka teruskan tanpa berhenti kerana kasihani mereka yang sentiasa menanti kehadiran kita.

Selain memberi rawatan kita boleh mengawal populasi mereka dengan melakukan neuter atau kembiri bagi mengelak timbulnya masalah yang lebih besar pada masyarakat setempat.   Walaupun berlaku perbezaan pendapat mengenai kembiri, namun harus dilihat dari segi kemaslahatan yang dihadapi pada waktu ini.  Sekarang semakin ramai yang membuang haiwan tidak kira kucing mahupun anjing di merata tempat dan cara menanganinya ialah dengan mengembirikan. Diharapkan lebih ramai lagi yang akan memahami konsep ini termasuk dari kalangan pencinta haiwan sendiri. 

Sesungguhnya banyak cabaran yang harus dihadapi oleh para pencinta dan penyelamat haiwan.  Maka kita harus memikirkan langkah yang terbaik untuk membantu haiwan tersebut walaupun kita akan ditentang, dicaci, ditohmah, dipulaukan  mahupun dipandang serong. 

Hakikatnya membantu haiwan selain dari membantu sesama manusia, adalah amalan mulia di sisiNya.  Fahamilah dan selaraskannya mengikut objektif yang telah kita tetapkan tanpa mengenepikan syariat agama.  Moga kehidupan kita dan mereka yang tidak bersuara lebih bermakna.

Sebagai pencinta dan penyelamat haiwan rata-rata sudah tentu merasa bahagia dan tenang walaupun kita ini miskin harta




Persoalan: Anjing Samada Najis Atau Sebaliknya

Fiqh Imam Bukhari - http://www.darulkautsar.netarticle.php?ArticleID=1570

2.5 Persoalan anjing samada najis atau sebaliknya. Para `ulama' berbeza pendapat tentangnya. Kebanyakan daripada mereka mengatakan najis walaupun mereka berbeza pula tentang tahap kenajisannya. Imam Syafi`e, Ahmad dan golongan yang sehaluan dengannya berpendapat, anjing termasuk dalam najis berat (najasah mughallazah). Ertinya apa-apa yang terkena anjing mestilah dibasuh tujuh kali atau lapan kali dan salah satu daripadanya ialah dengan air yang bercampur tanah yang suci. Imam Abu Hanifah dan orang-orang yang sependapat dengannya berpendapat najisnya adalah najis biasa. Apa yang perlu ialah dibasuh tanpa ada ikatan bilangan tertentu. Walaubagaimanpun sebaik-baiknya ialah tiga kali. Sementara Imam Malik dan Imam Bukhari di samping tokoh-tokoh fiqh yang lain pula berpendapat anjing tidak najis samaada air liur atau peluh atau tubuhnya dalam keadaan kering atau basah. Ia adalah sejenis binatang yang suci seperti kucing dan lain-lain dan apa-apa yang disentuhnya tidak perlu dibasuh. (15)

2.5.1 Imam Bukhari, Malik dan golongan yang sehaluan dengan mereka berdua berpegang dengan beberapa dalil daripada Al-Qur'an, As-Sunnah dan qias seperti berikut:

2.5.1.1 Allah berfirman di dalam Al-Qur'an:
يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ وَمَا عَلَّمْتُمْ مِنَ الْجَوَارِحِ مُكَلِّبِينَ تُعَلِّمُونَهُنَّ مِمَّا عَلَّمَكُمُ اللَّهُ فَكُلُوا مِمَّا أَمْسَكْنَ عَلَيْكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ

Bermaksud: Mereka bertanya kepadamu (Muhammad), "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" Katakanlah dihalalkan bagimu (makanan) yang baik-baik dan (buruan yang ditangkap) oleh binatang pemburu yang telah kamu latih untuk berburu, yang kamu latih menurut apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu. Maka makanlah apa yang ditangkapnya untukmu, dan sebutlah nama Allah (waktu melepasnya). Dan bertaqwalah kepada Allah (dengan memelihara diri daripada memakan apa yang diharamkan Allah). Sesungguhnya Allah sangat cepat perhitunganNya [Al-Ma'idah: 4].

* Komentar: Imam Bukhari dan orang-orang yang sependapat dengannya berhujah bahawa jikalau anjing memang najis, bagaimana Allah akan membenarkan penggunaannya untuk berburu. Tentu sekali binatang buruan akan diterkam dan digigit oleh anjing perburuan lalu terkena air liurnya atau peluhnya. Allah bukan sahaja membenarkan pengunaan anjing untuk berburu malah mengira tangkapannya sebagai sembelihan yang sah. Binatang buruan yang ditangkap oleh anjing jika mati, dibenarkan kita memakannya walaupun tidak disembelih dan disamak (dibasuh tujuh kali atau lapan kali dan salah satu daripadanya ialah dengan air tanah yang suci) terlebih dahulu. Ini menunjukkan anjing bukan sahaja sejenis binatang yang suci zatnya malah sejenis binatang yang sangat istimewa menurut Al-Qur'an.

2.5.1.2 Nabi saw bersabda di dalam hadits yang diriwayatkan `Adi Bin Hatim begini:

عَنْ عَدِيِّ بْنِ حَاتِمٍ قَالَ سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ إِذَا أَرْسَلْتَ كَلْبَكَ الْمُعَلَّمَ فَقَتَلَ فَكُلْ وَإِذَا أَكَلَ فَلَا تَأْكُلْ فَإِنَّمَا أَمْسَكَهُ عَلَى نَفْسِهِ قُلْتُ أُرْسِلُ كَلْبِي فَأَجِدُ مَعَهُ كَلْبًا آخَرَ قَالَ فَلَا تَأْكُلْ فَإِنَّمَا سَمَّيْتَ عَلَى كَلْبِكَ وَلَمْ تُسَمِّ عَلَى كَلْبٍ آخَرَ

Bermaksud: `Adi Bin Hatim meriwayatkan katanya, " Aku pernah bertanya Nabi saw (tentang anjing perburuan dan binatang buruan yang ditangkapnya), maka Baginda saw bersabda, " Jika engkau melepaskan anjingmu yang telah terlatih lalu ia membunuh (binatang buruan yang ditangkapnya), maka makanlah (dibenarkan kamu memakan binatang buruan itu). Tetapi jika ia telah memakan (sesuatu daripada binatang buruan itu), makan janganlah kamu makan. Ini kerana ia telah menangkapnya untuk dirinya sendiri. Saya bertanya (kata `Adi), "Bagaimana kalau saya melepaskan anjing saya tiba-tiba saya dapati ada anjing lain bersamanya? Nabi saw bersabda, "kalau begitu jangan kamu makan kerana kamu sesungguhnya telah membaca Bismillah ketika melepaskan anjingmu, bukan anjing yang lain. [hadits riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Hibban, Baihaqi dan lain-lain].

2.5.1.3 Imam Bukhari dan lain-lain juga mengemukakan satu hadits riwayat Ibnu `Umar yang menunjukkan anjing adalah sejenis binatang yang suci, iaitu:

قَالَ كَانَتْ الْكِلَابُ تَبُولُ وَتُقْبِلُ وَتُدْبِرُ فِي الْمَسْجِدِ فِي زَمَانِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَكُونُوا يَرُشُّونَ شَيْئًا مِنْ ذَلِكَ

Bermaksud: Ibnu `Umar r.a berkata, "Anjing-anjing kencing, masuk dan keluar di dalam masjid di zaman Rasulullah saw. Tetapi mereka (para sahabat) tidak merenjis pun tempat di mana terkena kencing dan tapak kaki anjing-anjing itu. [hadits riwayat Bukhari, Abu Daud, Baihaqi, Thahawi dan lain-lain].

* Komentar: Jika anjing memang najis tentulah para sahabat tidak akan membiarkannya keluar masuk begitu di dalam masjid. Mereka pasti akan menghalaunya keluar daripada masjid. Para sahabat bahkan tidak merenjis pun tempat-tempat yang dipijak dan terkena kencing anjing. Ini menunjukkan anjing tidak najis pada pandangan mereka. (16) 

2.5.1.4 Hadits Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh beliau (Bukhari) sendiri, Imam Ahmad dan lain-lain juga menunjukkan anjing adalah binatang suci (bersih) seperti binatang-binatang lain yang suci iaitu:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ رَجُلًا رَأَى كَلْبًا يَأْكُلُ الثَّرَى مِنْ الْعَطَشِ فَأَخَذَ الرَّجُلُ خُفَّهُ فَجَعَلَ يَغْرِفُ لَهُ بِهِ حَتَّى أَرْوَاهُ فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ فَأَدْخَلَهُ الْجَنَّةَ

Bermaksud: Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi saw, " Bahawa sesungguhnya ada seorang lelaki nampak seekor anjing sedang memakan tanah yang basah kerana dahaga. Maka orang itu pun mengambil khufnya lalu mencebuk air dengannya untuk diberikan kepada anjing tersebut. Orang tadi terus meminumkan kepada anjing tersebut sehingga ia puas. Allah berkenan kepada perbuatan orang itu. Maka kerananya Dia memasukkannya ke dalam syurga."


* Komentar: Imam Bukhari berpendapat Allah tidak akan berkenan kepada perbuatan seseorang yang salah di sisiNya. Nabi saw pula tidak menjelaskan tentang jadi najis atau tidak khuf orang itu kerana anjing telah menjilat air di dalamnya. Apa yang ada di dalam hadits ini ialah sanjungan dan penghargaan daripada Allah kepada orang tersebut kerana budi baiknya terhadap anjing yang dahaga. (17) 

2.5.2 Para `ulama' seperti Imam Bukhari, Imam Malik dan lain-lain cukup sedar dan amat mengetahui tentang dalil-dalil berupa hadits-hadits yang menjadi pegangan golongan yang mengatakan anjing itu najis. Tetapi mereka memahaminya dan memakainya tidak seperti yang difahami dan dipakai oleh golongan itu. Antara alasan yang diguna pakai oleh pihak Imam Bukhari, Imam Malik dan lain-lain dalam persoalan ini adalah seperti berikut:

2.5.2.1 Imam Bukhari dan para `ulama' yang sefahaman dengannya berpendapat hadits-hadits yang memerintahkan supaya anjing-anjing dibunuh dan bekas yang terkena jilatannya supaya dibasuh sebanyak tujuh kali dengan salah satu basuhannya hendaklah dengan tanah yang suci, itu sudah mansukh semuanya atau ia tidak ada kena mengena dengan najisnya zat anjing itu tetapi sebaliknya kerana faktor lain iaitu demi menghapuskan semangat meniru dan kagum dengan orang-orang Yahudi yang pada ketika itu sangat berpengaruh lantaran mereka adalah Ahlil Kitab dan menguasai ekonomi masyarakat setempat yang mana majoritinya terdiri daripada orang-orang `Arab yang kemudiannya telah memeluk agama Islam. Dalam persoalan ini Nabi saw telah bertindak sebagai ahli psikologi masyarakat atau seorang pembina dan arkitek umat dengan menggunakan cara dan kaedah sendiri yang telah terbukti sangat berkesan.

2.5.2.2 Hadits-hadits yang menyebutkan bahawa `amalan orang yang memelihara anjing, hilang setiap hari sebanyak satu atau dua qirat dan para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang terdapat anjing di dalamnya adalah berkenaan dengan anjing yang dipelihara semata-mata kerana mengikut dan terpengaruh dengan gaya hidup sesuatu bangsa kafir seperti Yahudi di zaman  Nabi saw atau berkenaan dengan anjing yang tidak ada apa-apa manfa`atnya malah sebaliknya mengganggu ketenteraman `awam. Adapun anjing yang berfaedah seperti anjing yang dipelihara untuk perburuan, menjaga binatang-binatang ternakan dan tanaman maka itu tidak terlarang sama sekali malah ia termasuk dalam apa yang dikecualikan berdasarkan hadits-hadits Nabi saw berikut:

يَقُولُ مَنْ اقْتَنَى كَلْبًا إِلَّا كَلْبًا ضَارِيًا لِصَيْدٍ أَوْ كَلْبَ مَاشِيَةٍ فَإِنَّهُ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِهِ كُلَّ يَوْمٍ قِيرَاطَانِ

Bermaksud: Barang siapa memelihara anjing kecuali anjing untuk perburuan atau untuk menjaga binatang ternakan maka pahalanya akan berkurang tiap-tiap hari dua qirat. [Hadits riwayat Bukhari, Muslim, Malik, Nasa'i, Tarmizi, Ahmad, Ibnu Majah, Hakim, Thabarani, Baihaqi, Darimi dan lain-lain].

مَنْ اقْتَنَى كَلْبًا لَا يُغْنِي عَنْهُ زَرْعًا وَلَا ضَرْعًا نَقَصَ مِنْ عَمَلِهِ كُلَّ يَوْمٍ قِيرَاطٌ

Bermaksud: Sesiapa memelihara anjing yang tidak berguna kepadanya untuk menjaga tanaman atau binatang peliharaannya maka akan berkurang daripada `amalannya setiap hari satu qirat. [Hadits riwayat Bukhari, Muslim, Malik, Nasa'i, Ahmad, Ibnu Majah, Hakim, Thabarani, Baihaqi, Darimi dan lain-lain].

2.5.2.3 Jika memelihara anjing itu terlarang secara mutlaq tentu sekali para sahabat tidak memeliharanya selepas kewafatan Nabi saw. Tetapi berdasarkan aatsar para sahabat terbukti mereka memelihara anjing dengan tujuan menjaga tanaman atau binatang ternakan kepunyaan mereka termasuklah sahabat-sahabat seperti Abu Hurairah, `Adi Bin Hatim, Abu Tsa`labah Al-Khasyni dan lain-lain yang meriwayatkan hadits-hadits tentang perlunya dibasuh tujuh kali bekas jilatan anjing atau `amalan seseorang berkurang pada tiap-tiap hari sebanyak satu atau dua qirat kerana memelihara anjing.

2.5.2.4 Di antara bukti bahawa hukum membasuh bekas yang dijilat oleh anjing sebanyak tujuh kali itu sudah mansukh ialah Abu Hurairah yang meriwayatkannya sendiri tidak memakainya. Beliau sebaliknya membasuh sebanyak tiga kali sahaja bukan tujuh kali dan begitulah fatwanya apabila ditanya. Sebenarnya dalil paling kuat menunjukkan mansukhnya hukum itu ialah kebenaran Allah di dalam Al-Qur'an untuk memakan binatang yang ditangkap oleh anjing perburuan tanpa menyebutkan selepas menyamaknya atau membasuhnya sebanyak tujuh kali atau tiga kali. Rasulullah saw juga tidak menyebut apa-apa tentangnya. Kebenaran Allah itu pula tersebut di dalam Surah Al-Qur'an yang paling akhir diturunkan kepada Nabi saw. Inilah pegangan Imam Bukhari, Malik dan orang-orang lain yang sependapat dengan mereka berdua.

2.5.2.5 Satu pengajaran besar daripada sikap Islam dalam menangani persoalan anjing ini peringkat demi peringkat, jika dilihat dari perspektif Imam Bukhari ialah jati diri sesuatu bangsa atau umat itu begitu sekali perlu dijaga sehingga sesuatu yang mengancamnya mesti dihapuskan. Kerana sesuatu bangsa atau umat itu barulah bererti kewujudannya apabila ia mempunyai identiti sendiri dan umat yang beridentiti tidak akan meniru bangsa lain dan mengaguminya secara membabi buta. Jika kerana bimbangkan jangkitan virus selesema burung yang boleh mengancam nyawa manusia, beburung dihapuskan maka begitulah juga dengan sesuatu yang mengancam jiwa sesuatu umat, ia wajar dihapuskan. Itulah sebenarnya yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw. Dalam kes ini tidak timbul langsung soal suci atau najisnya anjing itu.

2.5.2.6 Keistimewaan anjing semakin terserlah di zaman moden ini apabila ia telah terbukti dapat digunakan untuk pelbagai maksud yang tidak dapat dilakukan oleh manusia sendiri. Di zaman ini anjing digunakan untuk mengesan penjenayah, dadah, orang-orang yang terperangkap dibawah rutuhan bangunan dan lain-lain. Di kawasan-kawasan bersalji seperti di Eskimo pula anjing-anjing digunakan untuk menarik kereta luncur salji. Anjing diakui semua pihak sebagai sejenis binatang yang boleh diajar dan dilatih untuk pelbagai maksud dan kenyataan ini ditegaskan oleh Allah sendiri di dalam Al-Qur'an. Dalam keadaan seseorang itu menganggap anjing adalah najis bahkan najis mughallaz, bagaimana dia akan dapat mengambil munafa`at daripadanya dengan selesa? Bagaimana pula dia akan maju dalam `ilmu dan seni melatih anjing untuk pelbagai maksud dan tujuan?? Tetapi kalau kita mengikut pendapat Bukhari maka kita tidak akan ketinggalan di belakang bangsa-bangsa lain di dunia ini dalam mendapatkan `ilmu dan seni yang istimewa ini.  

2.6 Imam Bukhari telah membuat satu bab bertajuk "Orang yang berpendapat tidak perlu berwudhu' melainkan kerana keluar sesuatu daripada dua saluran keluar najis iaitu qubul dan dubur" dengan tujuan menyatakan pendapat dan ijtihadnya berhubung dengan apa yang keluar dari tubuh yang membatalkan wudhu' di samping menolak pendapat orang-orang lain dalam mas'alah ini.

Penutup

Untuk mengetahui berapa banyakkah lagi fiqh dan ijtihadat Imam Bukhari, mungkin dapat anda andaikan setelah anda mempelajari sendiri Kitab Shahihnya yang memuatkan semua bab fiqh yang terdapat di dalam kitab-kitab fiqh yang lain. Apa yang istimewanya ialah fiqh beliau merupakan hasil ijtihad seorang mujtahid mutlaq yang tidak kurang hebatnya daripada imam-imam mazhab empat dan para mujtahidin yang lain.

Di samping itu ketokohan beliau dalam bidang-bidang lain yang juga telah diterokai beliau di dalam kitab Shahihnya jangan sekali-kali dilupakan. Seperti mana para `ulama' telah mengiktirafnya sebagai mujtahid mutlaq dalam bidang fiqh, mereka juga telah mengiktirafnya sebagai tokoh dan imam dalam bidang-bidang lain yang disentuh beliau di dalam kitab Shahihnya yang masyhur itu. Pembaca-pembaca yang budiman akan melihat sendiri kepakaran, kemahiran, kehalusan penelitian dan keluasan `ilmu Imam Bukhari dalam bidang pengajian Islam yang merangkumi `aqidah, sirah dan sejarah, ta`bir mimpi, perubatan Nabi saw, akhlaq dan adab, tafsir, manaqib dan lain-lain selain fiqh apabila mereka dapat menghayati dan menjiwai betul-betul kitab Shahihnya.

ذلك فضل الله يؤتيه من يشاء
 وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين