
Apabila keluarga ini didatangi oleh Pegawai Jabatan Agama rasanya perlu untuk kami ke sana untuk bertemu mereka sambil memberi kata-kata perangsang dan semangat. Perkara ini berlaku berikutan aduan yang diterima dari masyarakat setempat bahawa keluarga ini memelihara anjing.
Aunty bergerak dengan kenderaan yang dipandu oleh Uncle dari kediaman lebih kurang jam 0920 pagi serta ditemani oleh anak angkat kami Abdaladhem dan Nisah yang juga adalah pencinta haiwan. Jangkanya kami bergerak lebih awal tetapi kerana sesuatu sebab kami terlewat satu jam. Hani telah dimaklumkan oleh kami mengenai hasrat untuk menziarahi keluarga ini pada hari sebelumnya.
Sepanjang perjalanan ke Nibong Tebal kenderaan yang kami naiki menjadi tumpuan pengguna jalanraya yang lain kerana Bobby dan Baby turut serta bersama dalam satu kenderaan. Aunty hampir dapat pastikan apa yang sebenarnya bermain dalam kotak fikiran mereka apabila melihat wanita muslimah yang berjubah dan berniqab bersama haiwan yang berada dalam kategori najis berat.
Dari yang kelihatan alim sehinggalah kepada yang seksi memandang kami seakan teruja. Tidak diketahui samada teruja atau terperanjat dengan tindakan kami yang di luar dugaan. Yang pasti ia adalah pandangan sinis seperti jangkaan kami.
Dari yang kelihatan alim sehinggalah kepada yang seksi memandang kami seakan teruja. Tidak diketahui samada teruja atau terperanjat dengan tindakan kami yang di luar dugaan. Yang pasti ia adalah pandangan sinis seperti jangkaan kami.

Kami berbual mesra sambil membincangkan dengan secara terperinci mengenai masalah yang di hadapi oleh mereka. Alhamdulillah mereka kelihatan tenang terutama bapanya yang amat penyayang haiwan. Inilah yang diwarisi oleh Hani Nurhanizah berpendirian tegas terhadap apa yang dilakukannya.
Mendengarkan cerita sebenar yang berlaku bagaimana Comel diselamatkan sungguh menyayatkan hati kerana perlakuan pihak tersebut amat tidak berperikemanusiaan. “Mereka tarik anjing itu dengan penyangkuk, dengan dua kaki di atas lalu cucuk jantungnya dengan besi tajam.. kejam betullah cara dia orang buat” kata Encik Abd. Rahman.

Manakala menurut Hani keadaan Comel pada masa itu menjerit seperti minta nyawa lalu beliau bertindak membuka gate dan memasukkan ke dalam pagar rumah. Kelihatan bergenang air mata keluarga ini apabila mengimbas kembali peristiwa tersebut. Tindakan yang telah diambil oleh beliau sememangnya wajar dan perkara yang sama juga akan dilakukan oleh Aunty jika berada di dalam situasinya. Kami telah disediakan dengan hidangan tengahari bersama kek yang telah dibuat sendiri oleh Adik...panggilan mesra untuk Hani Nurhanizah.

Dari raut wajahnya kelihatan penuh kesangsian bercampur ketakutan dan kemusykilan. Isterinya hanya turun keluar apabila ibu Adik datang untuk bertemunya. Agak keberatan baginya untuk bersalaman dengan ibu Adik namun dilakukan juga mungkin kerana malu pada kami yang ada pada ketika itu. Begitu juga apabila Uncle dan Adik didatangi Sayang, anjing betina yang selalu datang untuk bermanja dan makan bersama. Sayang seekor anjing yang baik dan amat mesra walaupun dengan tetamu.
Ketika Uncle sedang beramah mesra dengan Sayang, seorang wanita yang sedang membonceng motosikal bersama lelaki linkungan 30an, merenung tajam tanpa menoleh. Kebanyakkan mereka yang lalu lalang di hadapan kediaman Adik hampir pasti merenung dengan penuh sinis.
Rupanya sudah lima jam kami berada di rumah Hani. Begitu cepat masa berlalu, Sepanjang berada situ Uncle dan bapa Hani saling berbincang dan bertukar pandangan. Uncle banyak menjelaskan mengenai hukum dan ruhsah, termasuk persoalan talkif dalam masalah anjing. Bapa Hani lebih banyak mendengar dan kelihatan faham penjelasan dan pencerahan yang disampaikan oleh Uncle. ~