Polis bersama Mohd Shahrizan Senan bantu anjing yang cedera |
Masih lagi mengenai topik persepsi segelintir masyarakat dan bagaimana kita sebagai pencinta dan penyelamat haiwan menangani dan menangkis tanggapan yang dianggap negatif atau yang disalahertikan.
Dalam usaha kita membantu haiwan jalanan yang tidak bersuara seperti kucing, anjing dan lain-lain yang teraniaya atas dasar ehsan, objektif kita perlu jelas dan berada dalam lingkungan syariat supaya masyarakat umum tidak melemparkan tanggapan yang serong terhadap tindak-tanduk kita.
Sebagai pencinta haiwan pastinya hati ini tersentuh apabila kita terserempak dengan haiwan jalanan yang kelaparan serta berpenyakit. Ketika itu sudah tentu kita akan menghulurkan bantuan dan pertolongan samada makanan, minuman mahupun tempat perlindungan. Bukan itu sahaja malah kita sanggup menghantar mereka ke pusat rawatan mengikut kemampuan tanpa mengira waktu dan keadaan.
Di bawa untuk dirawat |
Sebagai seorang pencinta haiwan dan juga penyelamat pastinya memerlukan kita menyentuh maupun mengangkat haiwan yang tercedera seperti anjing. Pada saat itu, keperluan menyelamat adalah lebih utama dari menjaga adab. Apa yang pasti akan timbul persepi dari segelintir masyarakat yang memandang sinis dengan melemparkan tohmahan bahawa kita telah telah mengenepikan hukum halal dan haram. Sedangkan kita pada masa itu sebenarnya sedang melakukannya kerja yang murni atas dasar ehsan sesama makhluk. Dalam situasi ini kita harus tegas dan yakin dengan apa yang kita lakukan tanpa menghiraukan apa yang bakal diperkatakan kerana Allah lebih mengetahui akan niat kita.
Mungkin ada juga yang ingin mendekati anjing. Ketika itu terlintas di hati apakah yang patut dilakukan sebagai memulakan langkah pertama. Mungkin ada yang terus mendekatinya lalu bila didapati mereka mula mesra terus membelai tanpa memikirkan apa yang akan diperkatakan oleh orang yang melihat kemudiannya.
Bagi Aunty langkah ini boleh dilakukan, namun harus berhati-hati dengan menghindari situasi yang boleh mencetus kontraversi agar masyarakat tidak berprasangka bahawa kita menganggap haiwan ini sebagai haiwan peliharaan yang boleh bermain bersama dan bermesra melebihi had yang dibenarkan seperti berpelukan dan berciuman. Berdasarkan pengalaman Aunty, untuk mendekati haiwan ini, kita perlu membawa kibbles dan memberi makan serta minum pada jarak yang dapat mengelakkan kita dari diserang anjing. Ini harus dilakukan secara rutin sehingga pada suatu ketika mereka dengan sendiri akan menghampiri kita dan mengenal pasti tujuan kehadiran kita. Bila keadaan sudah selesa maka ia memudahkan tugas kita dalam banyak perkara. Kepercayaan anjing harus dimenangi dahulu untuk kita terus membantu mereka. Anjing ini bersifat setia, bilamana kita memberi makan atau minuman maka mereka pasti akan menunggu kita di tempat dan waktu yang sama walaupun bertahun lamanya. Dari itu jika kita sudah memulakan rutin sedemikian maka teruskan tanpa berhenti kerana kasihani mereka yang sentiasa menanti kehadiran kita.
Selain memberi rawatan kita boleh mengawal populasi mereka dengan melakukan neuter atau kembiri bagi mengelak timbulnya masalah yang lebih besar pada masyarakat setempat. Walaupun berlaku perbezaan pendapat mengenai kembiri, namun harus dilihat dari segi kemaslahatan yang dihadapi pada waktu ini. Sekarang semakin ramai yang membuang haiwan tidak kira kucing mahupun anjing di merata tempat dan cara menanganinya ialah dengan mengembirikan. Diharapkan lebih ramai lagi yang akan memahami konsep ini termasuk dari kalangan pencinta haiwan sendiri.
Sesungguhnya banyak cabaran yang harus dihadapi oleh para pencinta dan penyelamat haiwan. Maka kita harus memikirkan langkah yang terbaik untuk membantu haiwan tersebut walaupun kita akan ditentang, dicaci, ditohmah, dipulaukan mahupun dipandang serong.
Hakikatnya membantu haiwan selain dari membantu sesama manusia, adalah amalan mulia di sisiNya. Fahamilah dan selaraskannya mengikut objektif yang telah kita tetapkan tanpa mengenepikan syariat agama. Moga kehidupan kita dan mereka yang tidak bersuara lebih bermakna.
Sebagai pencinta dan penyelamat haiwan rata-rata sudah tentu merasa bahagia dan tenang walaupun kita ini miskin harta