Nurhanizah akan bangun waktu pagi seperti hari-hari biasa menunaikan kewajipan muslim,memasak dan mengemas rumah. Dia juga melakukan rutin yang agak pelik bagi penduduk sekitar tamannya dengan memberi makan 2 ekor anjing jalanan yang sering bertandang ke rumahnnya pada setiap pagi bagi mendapatkan rezeki dari keluarga ini. Tidak tergambar betapa riang dan gembiranya beliau bersama ibunya kerana dapat berkongsi rezeki nikmat Allah kepada haiwan jalanan termasuk kucing.
Keluarga ini menamakan seekor anjing itu dengan panggilan Comel. Selepas makan seperti biasa Comel dan kawannya akan beredar dari situ seolah-olah ia memahami bahawa kehadirannya di situ kurang disenangi oleh sebahagian penghuni. Nurhanizah tidak pernah menjangka bahawa pagi itu merupakan hari-hari terakhir kepada salah sekor anjing yang bertandang di muka pintu rumahnya.
Sedang Comel dan kawannya itu menikmati saki baki makanan paginya tiba-tiba Van yang dinaiki oleh beberapa lelaki berhenti di hadapan rumahnya dengan cangkuk dan bersenjata api. Fahamlah beliau bahawa mereka itu adalah Petugas MPSP yang sedang melakukan operasi menangkap dan membunuh anjing. Tanggapan beliau benar apabila anjing yang baru sahaja selesai makan itu dikepung dan beliau tergamam oleh tindakan itu. Ketika itu muncul macam suatu kekuatan pada dirinya dan beliau menjerit sekuat hati agar anjing itu lari dan tidak diapa-apakan. Petugas MPSP sempat mencangkuk seekor anjing yang menjadi kawan comel dan ditusuk dengan besi tajam lalu mati di situ juga.
Beliau sempat menyelamatkan Comel dengan menyimpan sementara waktu di car porchnya. Apa yang menyedihkan beliau bahawa jiran-jiranyanya hanya sekadar menjadi penonton kepada satu episod drama tanpa berbuat apa-apa.Tindakan kejam MPSP membuatkan beliau sedih trauma sehingga kini.