Baru-baru ini perbincangan yang agak hangat telah berlaku ekoran tersebarnya sekeping gambar yang melibatkan beberapa orang melayu muslim yang sedang memandikan anjing di sebuah pusat perlindungan haiwan di Pekan Nenas Johor. Kelihatan seorang wanita yang memegang anjing dengan begitu hampir pada dirinya. Gambaran yang sebegini pasti mengundang seribu tohmahan, komen yang negatif, serong dan sebagainya. Boleh dikatakan cacian dan pujian diterima sama rata.
Dilihat dari sudut mata hati, ianya sekadar sekeping gambar yang memaparkan kasih-sayang serta ehsan terhadap haiwan yang bernama anjing. Dimandikan anjing tersebut atas dasar ehsan untuk membantu meringankan mereka yang berada di pusat perlindungan sambil beramal. Ketahuilah kita bahawa setiap kebaikan yang dilakukan atas dasar ehsan serta kasih sayang maka di sisi Allah ia adalah mulia insyaAllah, itu yang kita harapkan. Namun jika dilihat dari sudut pandangan mata kasar, maka ia memaparkan sesuatu yang negatif yang memberi gambaran bahawa anjing itu dianggap sebagai haiwan peliharaan. Tidak dinafikan tanggapan sedemikian yang banyak sekali bermain di kotak fikiran umum yang melihat. Pelbagai persoalan timbul samada hukum haram, najis, berdosa dan sehinggakan hukuman kafir juga telah ditujukan pada wanita tersebut. Begitu mudah menjatuhkan hukuman sebelum menyelidik atau menyiasat tujuan sebenar gambar tersebut dipaparkan.

Tujuan asal ialah mendidik masyarakat untuk bersifat ehsan terhadap haiwan tanpa mengira jenis selagi mana tidak memudharatkan diri. Namun ada di antara mereka yang telah lari dari konsep ini dan lebih memihak pada hukum-hakam agama. Perlu diingat, terdapat empat mazhab di dalam Ahli Sunnah Wal Jammaah. Tiada satu pun diantara empat imam tersebut yang memperlekehkan atau merendahkan martabat antara satu sama lain. Mereka saling hormat menghormati dan ini yang perlu diamalkan oleh setiap pengikut empat mazhab tersebut. Dalam beberapa keadaan tertentu terutama mengikut keadaan sekarang, telah dan masih digunapakai peraturan yang terdapat untuk memudahkan sesuatu urusan. Perlu kita sebagai umat Islam mengetahui secara mendalam mengenai peraturan ke empat-empat mazhab tersebut. Dengan demikian kita tidak akan mudah salahertikan atau pertikaikan seperti yang berlaku di dalam gambar tersebut.
Islam adalah agama universal yang syumul mengajar umatnya untuk bersifat ehsan pada seluruh makhluk yang berada di muka bumi ini. Melalui penampilan akhlak yang sedemikian maka diharapkan dapat menyebarkan keindahan Islam itu tanpa perlu berkata-kata. Mereka yang melihat perbuatan memberi makan, minum, merawat dan membantu memandikan anjing terutamanya pasti akan merasakan keindahan tersebut. Betapa mulianya hati mereka yang membantu haiwan tanpa mengambil kira darjat dan kelas haiwan tersebut. Ia perlukan pengorbanan, ketabahan dan kecekalan untuk meneruskan amalan sedemikian.
Janganlah kita hanya memandang pada hukum sahaja tetapi perlu juga dilihat dari segi kemanusiaan. Kita yang dikurniakan akal dan iman pasti lebih mengetahui bahawa membantu yang tidak bersuara ini adalah amalan yang amat terpuji. Tidak dinafikan kita perlu menjaga peraturan syariat ketika berhadapan dengan anjing mahupun babi. Namun itu semua tidak boleh dijadikan alasan untuk kita mengelak dari terus membantu haiwan tersebut selain dari kucing. Islam itu mudah dan tidak pernah memberatkan pengikutnya maka kita ambil jalan yang telah disediakan dengan mengikut peraturan serta syarat secara hikmah dan teliti. Banyak kaedah yang masih kita boleh gunapakai dalam mengendalikan permasalahan ini yang telah ajar oleh ulamak serta cendikiawan Islam silam dan masa kini.

Buat semua pencinta haiwan, teruskan amalan mulia ini dan jangan lagi menoleh ke belakang. Tiap pandangan yang diberi walaupun kadangkala menghiris perasaan anggap sebagai satu panduan dan semangat untuk kita meneruskan apa yang telah kita mulakan. Terus mara tanpa menoleh ke belakang, perjuangan kita belum berakhir. Ianya baru bermula dan banyak lagi yang perlu kita lakukan untuk mereka yang tidak bersuara. Hari demi hari, kematian dan kesengsaraan yang mereka hadapi semakin meningkat dan sesuatu perlu dilakukan. Marilah kita bersatu hati walaupun berbeza pendapat dan membantu dengan cara kita yang tersendiri. Semoga apa yang telah kita mulakan akan dapat diteruskan oleh generasi akan datang insyaAllah. Harapan kita agar apa jua yang kita lakukan biarlah ia berada dilandasan yang benar dan didalam lingkungan syariat. Dengan itu insyaAllah akan sentiasa dipermudahkan olehNya.