Thursday, June 20, 2013

Nora Waisul: Bermula Dengan Tuah

Destinasi yang dituju kali ini membawa aunty ke Kota Melaka, Bandaraya Bersejarah. Kota yang mempuyai  banyak peninggalan sejarah seperti bangunan-bangunan lama dan warisan sejarah untuk tatapan umum.

Nora bersama anaknya
Di sini aunty berpeluang bertemu dengan seorang Independent Animal Rescuer yang tinggal di Klebang Melaka, Nora Faswanti Ibrahim atau Nora WaisulWanita yang berumur 30 tahun dan sudah mendirikan rumahtangga amat aktif menyelamat haiwan jalanan.

Nora pasti membawa pulang strays yang ditemui di kaki lima, kedai runcit atau pasar dan sebagainya. Pernah satu ketika Nora terus meminta suaminya memberhentikan kenderaan sebaik terlihat seekor kucing yang berdarah kakinya berhadapan dengan bangunan KFC, ketika itu trafik menjadi sesak seketika apabila kenderaan lain turut berhenti untuk melihat Nora yang sedang menyelamatkan kucing tersebut.

Nora agak terharu sehingga menitiskan airmata setelah mendapat tahu rupanya kucing itu telah terlantar di situ selama dua hari tanpa sesiapa yang membantunya dan dengan segera membawanya ke klinik haiwan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Kucing yang diberi nama Tuah, telah dirawat dan kaki belakangnya terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman yang agak teruk. Tuah dibawa pulang dan dipelihara. 

Tuah
Menurut Nora Tuah sememangnya bertuah kerana tidak banyak meragam tetapi ia tidak suka dicium oleh sesiapa.  Namun hayat Tuah tidak panjang lebih kurang setahun berada dalam jagaanya, kucing ini mati diracun oleh manusia yang tanpa mempunyai hati serta perasaan. Kehilangan Tuah amat dirasai oleh Nora Faswanti serta keluarga sehingga kini.

Wanita ini juga pernah menyelamatkan seekor kucing yang ditemui di sebuah kedai runcit dan membawanya pulang supaya data dijaga dengan baik. Sehingga pada suatu hari kucing yang diberi nama Putih telah mengalami pendarahan pada mulut dan telah disahkan oleh Vet koyak pada lidah dan tidak boleh dijahit. 

Hanya ubat penahan sakit dan cecair untuk  menghentikan darah telah diberi.  Putih kembali sihat, bunting dan selamat melahirkan anak-anak kucing yang comel.

Satu ketika, pasangan suami isteri merupakan kenalan rapatnya berhasrat untuk meminjam Putih untuk dikahwinkan dengan kucing jantan mereka.  
Tuah mati diracun

Sebaik Putih berada dalam jagaan mereka, Putih telah jatuh sakit dah hampir kehilangan nyawa.  Pada ketika itu, apa yang diutamakan oleh pasangan ini bukanlah keselamatan Putih tetapi anak-anak dalam kandungannya. Nora tetap dan tegas dengan keputusannya untuk memberi ubat walaupun hanya Putih sahaja yang akan terselamat atau atau kedua-duanya sekali yang akan pergi. 

Pada hari yang dijanjikan untuk membawa pulang Putih, Nora menerima panggilan bahawa Putih telah pergi.  “Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan Nora pada masa itu. Putih seekor kucing jalanan yang tidak pernah menimbulkan masalah...  Putih pandai buang air besar dan kecil di tandas serta selalu menemani Nora ketika memasak di dapur”  Tuturnya kepada aunty dengan suara yang sayu dan sebak ketika mengimbau kenangan bersama Putih.

Menurutnya lagi, Kos rawatan Putih terpaksa ditanggungnya setelah pasangan tersebut enggan melunaskannya.  Nora akui telah membuat kesilapan kerana tidak melakukan Vaksin serta memandulkan Putih.  Jika tidak ini semua ini dapat dielakkan namun takdir telah menentukan segalanya. Terlalu banyak pengalaman pahit dan manis yang telah dilaluinya namun sedikit sahaja yang boleh digarap dan dikongsi di sini agar boleh dijadikan pedoman pada masa hadapan. 

Oleh kerana kini wanita ini sudah bekerja, rutin harian seawal pagi sebelum dan selepas bertugas pada waktu malam membersih, memberi makan dan minum. Kucing-kucing ini diberi makan kibbles dan kadangkala rebusan ikan bercampur nasi.

Pada ketika ini kucing-kucing peliharaan Nora telah banyak berkurangan kerana kebanyakannya telah mati akibat jangkitan virus.  Hanya yang tinggal sebanyak 10 ekor sahaja. Sedaya-upaya wanita ini cuba menyelamatkan namun ini semua adalah ketentuanNya.

Harapan dan hasrat Nora supaya terdapat lebih ramai pertubuhan yang tampil ke hadapan untuk menyelamatkan haiwan jalanan dan memandulkan mereka agar styars ini mendapat peluang yang lebih lama untuk menjalani kehidupan ini.

Menurut Nora lagi dia sedia membantu sedapat mungkin jika ada diantara teman-temannya yang memerlukan bantuan samada kewangan atau tenaga,


Sungguh mulia hati budi wanita ini walaupun dia bukan dari kalangan orang berada namun dibantu strays yang amat memerlukan bantuan. Harapan aunty semoga usaha murni ini diteruskan tanpa menoleh ke belakang.