Pada hari Ahad 6 Mei kediaman Aunty lagi sekali menerima kunjungan rakan dan pecinta Haiwan.
Betapa gembira Aunty dan Hubby kerana yang datang kali ini berkunjung adalah seorang yang cukup dikenali di kalangan pencinta haiwan, yang mempunyai ramai followers di blognya dan di facebook. Tetamu yang Aunty maksudkan adalah Mohd Hairey Yahya atau lebih dikenali sebagai Papa Hero dan Mama Hero atau nama sebenarnya Mariah Ghani serta 2 anak kembarnya.

Semua tetamu berada di kediaman Aunty sehari suntuk berbual, berbincang dan berkesempatan juga bermesra dengan kucing-kucing Aunty yang agak besar jumlahnya. Walau pun berkali-kali Aunty mempelawa mereka untuk bergerak ke Rumah Tetamu yang jaraknya selang sebuah rumah dari kediaman Aunty. Rupanya tetamu Aunty lebih selesa dikelilingi kucing-kucing yang nakal.

Mereka juga bertanyakan nama-nama kucing Aunty yang banyak itu. Kebanyakannya mempunyai nama kecuali beberapa ekor yang baru direscue masih belum mempunyai nama.
Kabilat, Fluffy, Tom, Tok Uban, Tok ki, PC, Cimbi, SJ dan Snowy di antara beberapa kucing Aunty yang sempat bergambar bersama tetamu. Tom merupakan kucing yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh Mama Hero kerana mempunyai kisahnya tersendiri.

Kami sempat mendirikan solat Maghrib berjemaah di Rumah Tetamu diimamkan oleh Hubby.

Menurut tetamu Aunty sewaktu sampai ke lokasi, suasananya agak menyeramkan. Untuk rekod strays ini berada di premis yang ditinggalkan dalam keadaan gelap tanpa bekalan elektrik.

Ikhlas Aunty katakan bahawa sumbangan Kibbles tersebut merupakan yang pertama Aunty terima dari orang luar. Kepada PH dan MH bagi pihak strays, Aunty juga Hubby sudi menerima ucapan terima kasih dan jazakallah.

Selepas selesai memberi strays makan tetamu dipelawa untuk menikmati makan malam di restoran yang berdekatan.

Tetamu bersurai jam 10.30 malam.
Photo aktiviti mereka boleh dilihat: Aktiviti Indoor | Aktiviti Outdoor