Akhir-akhir ini terlalu banyak tohmahan serta tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap para sahabat Rasulullah, salah seorang yang menjadi mangsa dan termasuk di dalam agenda musuh-musuh Islam adalah Abu Hurairah r.a.
Ibnu Qhutaibah dalam kitabnya Takwil Mukhtalaf al Hadis halaman 10-11 yang dinaqalkan oleh Imam Az Zahabi dalam Siyar al-'Alam jilid 2 halaman 435 sebagai berkata bahawa : 'Aisyah, Umar dan Usman beranggapan bahawa Abu Hurairah r.a. sebagai pembohong.
Ibnu Qhutaibah dalam kitabnya Takwil Mukhtalaf al Hadis halaman 10-11 yang dinaqalkan oleh Imam Az Zahabi dalam Siyar al-'Alam jilid 2 halaman 435 sebagai berkata bahawa : 'Aisyah, Umar dan Usman beranggapan bahawa Abu Hurairah r.a. sebagai pembohong.
Ibn Qutaibah menyatakannya seperti berikut:
وأما طعنه على أبي هريرة بتكذيب عمر وعثمان وعلي وعائشة له فإن أبا هريرة صحب رسول الله صلى الله عليه وسلم نحواً من ثلاث سنين وأكثر الرواية عنه وعمر بعده نحواً من خمسين سنة وكانت وفاته سنة تسع وخمسين وفيها توفيت أم سلمة زوج النبي صلى الله عليه وسلم، وتوفيت عائشة رضي الله عنها قبلهما بسنة، فلما أتى من الرواية عنه ما لم يأت بمثله من صحبه من جلة أصحابه والسابقين الأولين إليه اتهموه وأنكروا عليه وقالوا: كيف سمعت هذا وحدك. ومن سمعه معك.
وكانت عائشة رضي الله عنها أشدهم إنكاراً عليه لتطاول الأيام بها وبه، وكان عمر أيضاً شديداً على من أكثر الرواية أو أتى بخبر في الحكم لا شاهد له عليه وكان يأمرهم أن يقلوا الرواية يريد بذلك أن لا يتسع الناس فيها ويدخلها الشوب ويقع التدليس والكذب من المنافق والفاجر والأعرابي.
Adakah benar kenyataan ini?
Apa yang sebetulnya, statement Ibn Qutaibah, yang wafat tahun 276 Hijrah dikeluarkan adalah sebagai membantah tokoh Muktazilah iaitu an-Nazhzham, yang meninggal dunia pada tahun 231Hijrah yang begitu dahsyat menyerang dan melakukan tohmahan terhadap Abu Hurairah pada sekitar tahun ke 2 Hijrah.
Ibn Qutaibah mengutip serangan dan tuduhan An-Nazhzham seorang tokoh Muktazilah tersebut (anti-Hadith sekarang ini ) berkisar pada khulafa' arrashidin terutama Umar termasuklah Ummul Mukminin Aisyah yang mengatakan bahawa Abu Hurairah merupakan seorang pendusta.
Ibn Qutaibah menjawab satu persatu dan buat rumusan bahawa terdapat sebilangan sahabat yang khuatir akan banyaknya jumlah hadith yang disebarkan oleh Abu Hurairah, lalu mereka menyuarakan kebimbangan ini, namun tidak sampai menuduh Abu Hurairah sebagai pendusta.
Ibnu Hajar al-Asqalani dalam kitabnya Al-Ishabah fi Tamyiz ash-Shahabah mentakrifkan sahabat sebagai
"Ash-Shahabi (sahabat) ialah orang yang bertemu dengan Rasulullah SAW, beriman kepada beliau dan meninggal dalam keadaan Islam”
Di dalam ilmu rijal hadith, sahabat Nabi s.a.w semuanya diiktiraf sebagai thiqah (dipercayai). Secara tidak langsung, sahabat adalah antara golongan pertama yang menerima hadith dari Nabi s.a.w secara terus dan meriwayatkannya kepada generasi seterusnya iaitu tabiin.
Khalifah Umar ibn Khattab r.a pula pernah satu ketika melarang Abu Hurairah r.a dari menyampaikan hadis dan hanya membolehkan menyampaikan ayat Al-Quran. Ini disebabkan tercetus khabar angin bahawa Abu Hurairah r.a. banyak memetik hadis palsu. Larangan khalifah dibatalkan setelah Abu Hurairah r.a. mengutarakan hadis mengenai bahaya hadis palsu.
مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا، فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ
Sesiapa berdusta terhadap aku dengan sengaja, maka hendaklah dia mempersiapkan tempat duduknya di dalam api neraka [Al-Bukhariy/ 1291], [Muslim/ 3], [Ibnu Hibban/ 31], [Abu Dawud/ 3651], [At-Tirmizi/ 2659], [Ibnu Majah/ 30, 33, 36, 37], [Ad-Darimi/ 231, 232, 234, 235, 236, 238, 593], dan [Ahmad/ 585, 1078, 1416, 2670, 3791, 3804, 9086, 10350, 11011, 11531, 11700, 12291, 12353, 12687, 12777, 13549, 13558, 13568, 13843, 16071, 16471, 16978]
Biografi Abu Hurairah
Abu Hurairah r.a. dilahirkan 19 tahun sebelum Hijrah. Nama sebenar beliau sebelum memeluk Islam ialah Abd Syams manakala namanya setelah memeluk agama Islam ialah Abdul Rahman. Abu Hurairah telah ke Mekah bersama Tufayl untuk bertemu dengan Nabi Muhammad S.A.W. Rasulullah telah bertanya kepada Abu Hurairah tentang namanya Abdul Syams yang bermaksud hamba matahari. Rasulullah menyarankan Abu Hurairah menukar namanya kepada Abd Rahman yang bermaksud Hamba Allah (yang belah kasihan).
Abu Hurairah r.a. mendapat gelarannya berikutan kegemarannya bermain dengan anak kucing. Pada suatu masa ketika Abu Hurairah r/a. bertemu Rasullullah S.A.W, beliau bertanya apa yang ada dalam lengan bajunya. Apabila Abu Hurairah menunjukkan anak kucing di dalam lengan bajunya, Rasullullah S.A.W. lantas menggelarnya Abu Hurairah yang bermaksud ‘bapa anak kucing’. Semenjak itu beliau lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah.
Beliau berasal dari qabilah al-Dusi di Yaman. Qabilah tersebut diketuai oleh Tufayl Bin Amr. Tufayl telah membantu Abu Hurairah dalam memeluk agama Islam. Qabilah al-Dusi bertempat dipesisiran Laut Merah di selatan tanah Arab. Setelah Tufayl bertemu dengan Rasulullah S.A.W. lalu memeluk agama Islam, Tufayl telah kembali ke qabilahnya dan menyeru penduduk di situ memeluk agama Islam.
Abu Hurairah telah memeluk Islam serta-merta; namun, kebanyakan kaumnya enggan menerima Islam. Abu Hurairah r.a. telah memeluk agama Islam pada tahun 7 Hijrah ketika Rasulullah S.A.W. berangkat menuju ke Khaibar. Abu Hurairah adalah seorang perawi Hadith yang terkemuka. Beliau telah meriwayatkan meriwayatkan 5374 hadith. Abu Hurairah seorang perawi hadith yang terkenal dan antara sahabat yang rapat dengan Rasulullah s.a.w. Sebanyak 325 hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah disepakati oleh Imam Bukhari (256H) dan Imam Muslim (261H). Manakala hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari sendiri sebanyak 93 hadith dan Imam Muslim 189 hadith.
Rasulullah S.A.W. pernah mengutuskan Abu Hurairah berdakwah ke Bahrain bersama Al-Ala ibn Abdillah Al-Hadrami. Dia juga pernah diutus bersama Quddamah R.A. untuk mengutip jizyah di Bahrain, sambil membawa surat ke Amir Al-Munzir ibn Sawa At-Tamimi.
Abu Hurairah adalah sahabat yang sangat rapat dengan baginda Nabi S.A.W. Ia dikenal sebagai salah seorang ahli shuffah, iaitu orang-orang miskin atau sedang menuntut ilmu dan tinggal di laman masjid. Beliau begitu rapat dengan Nabi S.A.W., sehingga baginda selalu menyuruh Abu Hurairah r.a. untuk mengumpulkan ahli shuffah, jika ada makanan yang hendak disedekahkan.
Kerana kepercayaan mendalam oleh Rasulullah S.A.W, Abu Hurairah R.A. diangkat menjadi gabenor Bahrain ketika Khalifah Umar Al-Khattab r.a. menjadi Amirul Mukminin.
Golongan yang mempertikaikan tentang kesahihan hadits-hadits yang di sampaikan oleh Abu Hurairah r.a. seperti dari golongan orientalis barat, Ignaz Goldizihar yang telah membuat kritikan terhadap hadits dan para perawinya termasuk Abu Hurairah. Tuduhan beliau telah mempengaruhi beberapa penulis Islam seperti Ahmad Amin dan Mahmud Abu Rayyuh untuk mengkritik kedudukan Abu Hurairah sebagai perawi hadits. Tuduhan-tuduhan ini telah disanggah oleh Mustafa al Sibai dalam al Sunnah wa Makanatuha halaman 273-283.
Selain daripada golongan ini terdapat juga kritikan kuat daripada golongan Syiah. Ini disebabkan Abu Hurairah r.a. merupakan penyokong Usman ibn Affan r.a. dan juga pernah menjadi pegawai dinasti Umaiyah. Penolakannya menyandang jawatan gabenor ketika ditawarkan oleh Ali r.a. dan ketiadaan hadith yang berisi pujian atau keistimewaan kepada Ali r.a dan keluarganya mungkin merupakan penyebab lain Abu Hurairah dikritik oleh kaum Syiah.