Beberapa hari lepas Aunty telah dihubungi melalui telefon oleh seorang wanita memaklumkan bahawa beliau memiliki 70 ekor kucing peliharaan dan tinggal tidak jauh dari tempat Aunty. Kagum juga Aunty kerana ada juga orang yang memelihara kucing sebanyak itu.
Ketika itu terfikir aunty bagaimana beliau menyelenggara termasuk memberi makan dan merawat jika kucing itu sakit. Berdasarkan pengalaman aunty ia melibatkan kos yang besar.
Ketika itu terfikir aunty bagaimana beliau menyelenggara termasuk memberi makan dan merawat jika kucing itu sakit. Berdasarkan pengalaman aunty ia melibatkan kos yang besar.
Selang beberapa hari Aunty berkunjung ke rumahnya berpandukan alamat yang dIberikan melalui sms kepada aunty.
"Jemputlah masuk... Inilah rumah kami tak seperti rumah orang lain" sapanya sebaik Aunty sampai. Kucing-kucing turut menyambut dengan mengesel badannya ke kaki Aunty. Beliau terus memperkenalkan dirinya Jamaliah. Menurutnya beliau adalah seorang balu tanpa anak yang telah kematian suami dan kesemua 70 ekor kucing peliharaannya adalah kucing jalanan yang beliau selamatkan.
Hampir satu jam Aunty bersamanya sambil mendengar keluhan, rintihan dan tidak upaya beliau membeli dan menyediakan kibbles untuk kucing-kucingnya. "Akak ini pun tak tahu sampai bila boleh jaga mereka ini. Bila-bila masa saja allah akan panggil. Akhir-akhir ini badan selalu kurang sihat" katanya. Di raut wajahnya terlukis kebimbangan dan keresahan beliau terhadap kucing-kucingnya pada usianya sekarang ini. Menurutnya purata sebulan kos makanan kucing adalah RM800 – RM900.
Jamaliah Lee Abdul Rahman kini telah mencecah usia 57 tahun bekerja sebagai Pembantu Kantin Sekolah bagi menyara hidup beliau dan kucing-kucing peliharaannya dengan pendapatan RM700 sebulan. Beliau memaklumkan dengan pendapatan itu jugalah beliau gunakan untuk membayar ansuran bulanan rumah yang dibelinya semasa arwah suaminya masih hidup. Kesempitan hidup yang dialaminya menyebabkan kadang-kadang kucingnya terpaksa berpuasa sehingga beliau menitiskan airmata. "Bila jadi macam ini terpaksalah akak meminjam duit daripada kawan yang bermurah hati" jelasnya.
Kesimpulannya apa yang dapat aunty nyatakan di sini bahawa bantulah wanita ini kerana beliau amat memerlukan bantuan.
Jamaliah Lee seperti keberatan untuk memberikan no. Akaun bank apabila diminta. Namun selepas dipujuk dan Aunty menyatakan bahawa kucing-kucing ini perlu makanan yang baik dan berkhasiat lantas beliau berikan seperti paparan di bawah. Kepada mana-mana individu yang bermurah hati silalah salurkan bantuan ke akaun:
JAMALIAH LEE ABDUL RAHMAN
NO. AKAUN MAYBANK: 162012596647
NO. HP: 019-304 4923