Monday, July 16, 2012

Kini Comel Sudah Besar

"Saya tak minta emas permata. Saya cuma perlukan makanan, air, tempat berteduh & kasih sayang. Saya sebatang kara di dunia ini. Saya tiada ibu & tiada saudara. Saya takut kalau orang-orang yang naik van hijau tu buru saya lagi. Mereka nak bunuh saya & kaum saya! Saya tak nak mati lagi! Saya masih kecil. Saya teringin nak tengok burung terbang lagi. Bantulah saya." Mungkin ini yang diucapkan oleh setiap Anjng Jalanan.

Masih ingatkah kepada anjing yang bernama Comel yang telah diselamatkan oleh Nur Hanizah atau Hani El Zahra dari menjadi mangsa peluru MPSP. Walau pun ia telah 2 bulan berlalu namun peristiwa itu tetap menjadi satu mimpi ngeri yang terpahat di hati beliau. 
 
Kini comel sudah besar dan selesa tinggal bersama keluarga ini. Khabarnya Comel kini sering dikunjungi oleh seekor anjing betina bernama Sayang pada setiap hari dan akan pergi selepas berkongsi makanan. Suatu hari nanti Comel pasti akan membalas jasa. Insya Allah. Teringat Aunty akan sifat mulia yang terdapat pada anjing seperti yang dibahaskan oleh seorang Wali Allah Hassan Al-Basri r.a mengatakan bahwa pada anjing ada sifat mulia yang perlu diteladani oleh setiap orang mukmin di antaranya: Jika anjing melihat orang makan,dia melihat saja dari jauh, tidak meminta-minta atau menganggu.Jika diberi makan atau tidak diberi, dia diam sahaja. Inilah sifat orang miskin yang redha akan pemberian Allah s.w.t. Begitu juga Jika dia berjalan atau pergi dari tempat asalnya, tidak menoleh-noleh ke belakang. Inilah tanda-tanda orang yang susah.

Kepada keluarga ini Aunty sentiasa berdoa agar Allah permudahkan segala urusan dan dilepaskan dari segala kesempitan serta diberikan jalan keluar di atas kebaikan yang ditunjukan terhadap haiwan. Nur Hanizah satu pesanan dari Aunty: Setiap kebaikkan yang kita nak lakukan bukan kerana apa, atau sesiapa. Tetapi kerana kita hendak lakukan selain untuk mendapat keredaan Allah.

Jadi ketepikan setiap suara-suara sumbang yang sampai ke telinga kita.