Perjalanan kali ini menuju ke
negeri Perak Darul Ridzuan. Bandar Ipoh
bandar menemukan aunty dengan seorang jejaka
Muhammad Fairuz bin Ahmad Puad yang
masih bujang berumur 29 tahun dan
bertugas dengan Jabatan Pelajaran Perak,
|
Muhammad Fairuz |
Selain dari itu, Fairuz juga bertugas secara
sambilan di Jabatan Pertahanan Awam Kinta, Ipoh Perak. Walaupun agak sibuk
dengan dua pekerjaan serentak namun ia tidak menghalang atau mematahkan
semangatnya untuk menyelamat haiwan jalanan.
Fairuz tidak seperti
Independent Animal
Rescuers atau penyelamat haiwan lain yang menyelamat haiwan tanpa mengira lokasi. Tetapi jejaka ini
menyelamatkan kucing strays yang datang atau berkeliaran di sekitar rumahnya. Satu demi satu strays tersebut diselamatkan dengan
cara memberi makan dan minum di kawasan luar rumah. Setelah jinak dan mudah didekati barulah dibawa
ke dalam rumah untuk menjadi sebahagian ahli keluarganya.
|
Baru direscue |
Terdapat juga rakan, jiran atau para pelajar IPTA sekitar Ipoh
yang pernah memohon bantuannya untuk menyelamat atau adopt kucing-kucing
jalanan yang ditemui. Permintaan mereka ini tidak pernah dihampakan olehnya. Kini dia memiliki sebanyak 25 ekor kucing kesemuanya kucing jalanan.
Ketika mula bekerja dengan
jabatan kerajaan jejaka ini bertemu
dengan Chico seekor anak kucing yang
selalu diberi makan di tempatnya bekerja. Chico akhirnya diadopt oleh Fairuz
apabila pejabatnya berpindah ke lokasi lain kerana memikirkan tiada siapa yang
akan memberi makan dan minum pada Chico kelak. Di sinilah dia mula terlibat dalam
dunia menyelamat haiwan ketika berusia 23 tahun.
|
Rumah Kucing |
Kebanyakan kucing jalanan yang
diselamatkan ada yang dijangkiti selsema, sakit kuning dan sebagainya. Namun itu semua
tidak menjadi halangan baginya untuk
membawa mereka untuk mendapatkan rawatan di klinik haiwan berdekatan. Segala perbelanjaan diuruskan
dengan wang sakunya sendiri. Selain dari itu, Fairuz juga telah membina rumah
kucing untuk kucing-kucing yang telah diselamatkan.
|
Rumah Kucing |
Rutin harian Fairuz membersihkan
rumah kucing dan memberi makan dan minum pada mereka bermula sebelum bertugas dan disambung kembali apabila pulang dari bertugas.
Kucing- kucing tersebut diberi kibbles dan
diselang-selikan dengan ikan rebus bercampur nasi dan makanan dalam tin.
|
Di antara kucing miliknya |
“Bapa saya juga adalah seorang pencinta haiwan dan merupakan insan
yang banyak memberi dorongan dan sokongan selain teman-teman dan rakan sepejabat. Jelasnya
apabila ditanya
.
|
Chico |
“Saya mempunyai impian yang
cukup besar.... Ingin membina sebuah Mini Zoo untuk haiwan jalanan dan semoga
ia menjadi kenyataan kelak.
Saya juga berharap agar lebih ramai orang yang akan bersama NGO yang terdapat di
Malaysia untuk membantu strays pada masa hadapan”. jelasnya
menutup temubual kami.