Walau apa pun persepsi manusia terhadap anjing, ia merupakan salah satu daripada makhluk yang diciptakan Allah di atas muka bumi ini. Sekiranya seseorang itu melakukan kebaikan pada mana-mana makhluk Allah, maka sudah tentu akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah. Sebaliknya jika ia melakukan kezaliman kepada mana-mana makhluk Allah sudah pasti akan dipertanggungjawabkan Allah pada Hari Akhirat nanti.
Walaubagaimanapun, Islam telah menetapkan beberapa peraturan berkaitan dengan anjing ini, apatah lagi apabila ia termasuk dalam najis mughallazah. Contohnya ialah masalah memelihara anjing, adakah ia dibenarkan oleh syara' atau tidak? Oleh itu, hendaklah dilihat maksud pemeliharaan itu sama ada untuk menjaga kemaslahatan manusia atau tidak.
Blog ini dijadikan platform bagi pengunjung untuk memberikan sokongan kepada Aunty dan insan lain yang mempunyai aspirasi serupa.
Semoga apa yang dilakukan ini menjadi ikutan dan contoh sekaligus mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap haiwan jalanan ini yang berada di kelasnya.