Sunday, November 11, 2012

Perbahasan Tentang Jilatan Anjing: Satu Perhatian

Oleh: NIK ABD AZIZ BIN HJ NIK HASSAN

Pengaliran ilmu Islam mengikut Tareq Syah Waliullah al-Dihlawi ke negeri Kelantan, yang bermula sejak penghujung tahun 1934 telah memperhebatkan lagi suasana perbezaan pendapat di antara ulama-ulama di negeri ini, khususnya di dalam ilmu fiqh.

Perbezaan pendapat ini timbul justeru kerana pendekatan di dalam melihat dan mengkaji ilmu Islam mengikut tariq ini berbeza daripada pendekatan yang digunakan oleh hampir keseluruhan ulama-ulama lain di negeri ini. Salah satu daripada contoh yang baik untuk melihat pebezaan dari segi pendapat itu ialah berhubung dengan soal JILATAN ANJING yang mana telah membawa ulama-ulama yang bertentangan pendapat itu berbahas pada tahun 1937, di dalam usaha mereka untuk mencari kebenaran Islam.