Lihatlah betapa mulianya peribadi baginda berbanding kita. Tanpa mengira status binatang tu najis mughallazah sekalipun. Rasulullah bukan sahaja berbuat baik kepada manusia bahkan berbuat baik kepada setiap yang bernyawa. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasullulah SAW, apakah kami memperoleh pahala karena kami berbuat baik kepada haiwan?” Rasullulah SAW menjawab, “Kita memperoleh pahala karena berbuat baik kepada setiap yang bernyawa.”
Rakyat Malaysia inikan dikurniakan Allah dengan rezeki yang melimpah-ruah. sehingga kadang-kadang membazir dan membuang makanan. Apa kata kita niatkan makanan yang kita nak buang tu kita sedekahkan kepada anjing ataupun haiwan-haiwan lain. Mungkin lepas ni, jika kita ada kuih, nasi, mee, bihun dan sebagainya yang terlebih yang hampir basi tu, kita berilanlah kepada anjing ditepi jalan. Makanan di rumah kita pun clear dan tidak busuk, pada masa yang sama anjing pun kenyang dan kita pun beroleh pahala. SEBAGAI PERMULAAN