Tuesday, July 10, 2012

Photo Usaha Rescue/Menyelamat Haiwan

Kali ini Aunty terpanggil pula untuk highlight beberapa photo usaha rescue/menyelamat haiwan oleh para pencinta haiwan yang menjadi rakan facebook Aunty Umairah dan Aunty Umairah Fan Club. Semoga usaha mereka ini menjadi pengerak untuk kita tidak merasa ragu atau malu dalam membantu menyelamat mana-mana haiwan yang memerlukan pertolongan dan bantuan



Usaha menyelamat ini dilakukan oleh beliau bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Tuaran, Sabah pada tengah malam 07 Julai 2012. Beliau diejek dan ditertawakan. Berikut adalah catatan beliau pada wallnya:

"Saya telah menghubungi Jabatan Bomba Tuaran utk mendapatkan bantuan mereka menyelamatkan seekor anak anjing yg telah terperangkap selama beberapa hari di dalam longkang sedalam paras pinggang. Dlm masa yg sama, saya juga menghubungi seorang rakan drp SPCA KK utk membantu. Sebelum itu, saya ada meminta bantuan drp Security Guard di kawasan perumahan tersebut, tetapi bukan saja diketawakan malah diejek kerana keperihatinan saya terhadap haiwan itu! Bomba tiba dlm masa 15 minit. Syukur, anjing itu telah selamat but traumatized. Dan syukur Alhamdulillah, Allah SWT permudahkan tugas kami, hujan turun selebat-lebatnya setelah misi kami selesai! Once again, bravo Jab. Bomba Tuaran!"














Menyelamatkan stray dan beberapa puppies dari menjadi menjadi mangsa suntikan maut (PTS) oleh  PBT Sandakan. Beliau trauma beberapa hari apabila ibu puppy tersebut diPTS di depan matanya. Usaha menyelamat dilakukan olehnya dengan bantuan "Crew" Animals Friends - Independent Group (Sabah)