
Beliau yang aunty maksudkan ialah Khoo Teng Khoon berusia 36 tahun dan sudah mendirikan rumahtangga, merupakan pencinta haiwan terutamanya anjing. Pertama kali beliau memiliki seekor anjing pada tahun 1999. Sehingga kini beliau telah menyelamatkan sebanyak 16 ekor anjing dan kesemuanya kini berada dalam jagaan beliau.



Beliau menyatakan jumlah peruntukkan untuk makanan strays kucing dan anjing diperlukan sekitar RM400-RM600 setiap bulan tidak termasuk dibawah jagaan beliau. Kos rawatan kebanyakkannya juga ditanggung oleh beliau. Makanan yang disediakan selalunya berbentuk kibbles, makanan tin dan kadangkala nasi dicampur ayam.
Pada tahun 2012, beliau bersama beberapa pencinta dan penyelamat haiwan yang lain yang berada di sekitar Kuantan telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Kuantan Animal Rescue and Education (KARES) atau Pertubuhan Kebajikan Haiwan Kuantan. Tujuan utama group tersebut adalah seperti berikut:
1) Mendidik orang awam supaya menjadi pemilik haiwan peliharaan yang bertanggungjawab.
2) Mengawal populasi haiwan terbiar dengan mengembiri (kasi) bagi mengelak kelahiran yg tidak
diingini.
3) Memberi kesedaran kepada umum tentang isu penderaan haiwan.
4) Mengumpul dana bagi membina serta mengurus sebuah pusat perlindungan haiwan.

Pada sesiapa yang berada di Kuantan terutamanya, yang berminat untuk turut sama dengan misi mereka sila layari di facebook beliau.
Sebagai penutup, Aunty doakan semoga lebih ramai yang tampil untuk membantu beliau dan teman seangkatan dengannya. Bantulah mereka untuk membantu haiwan jalanan yang tidak bersuara.