Monday, June 03, 2013

Bukan Hanya Anjing, Memang Setiap yang Mengigit Disaran Bunuh

Menurut Syeikh ‘Atiyyah Saqar, bekas pengerusi Majlis Fatwa Universiti al-Azhar, berdasarkan beberapa hadith yang sahih merujuk kepada arahan nabi kepada para sahabat membunuh anjing dan membiarkannya pada hadith yang lain, hukum membunuh anjing boleh disimpulkan seperti berikut:
  
1. Tidak boleh membunuh anjing yang telah terlatih untuk tujuan-tujuan yang dibenarkan manusia memeliharanya seperti keselamatan, penternakan, jurupandu dan lain-lain.

2. Adapun anjing yang tiada manfaatnya, sekiranya ianya berbahaya seperti buas mengancam kanak-kanak atau manusia umumnya, atau membawa penyakit dan kekotoran, atau menganggu kejiranan dan lain-lain, maka diharuskan untuk membunuhnya untuk tujuan kawalan.

3. Adapun anjing yang tiada manfaat dan tidak pula membawa mudarat, maka ulamak berselisih pendapat sama ada dibolehkan atau diharamkan membunuhnya.


Bunuh Anjing (Petikan dari Nasbun Nurain Jilid 4)

Ingin menulis hadis di Shahih Muslim, dalam Kitab al-Musaqat, Bab: Perintah Membunuh Anjing & Penjelasan Naskh/Tahrim Memeliharanya Kecuali Untuk Keperluan Berburu, Pertanian, Penternakan dan semacamnya. 

Hadis itu berbunyi demikian: "Diceritakan dari Muhammad bin Al-Mutsanna dan Ibnu Basyar --lafaznya versi Ibnu Al-Mutsanna-- mereka berkata: menceritakan kepada kami Muhammad bin Ja'far, berkata: menceritakan kepada kami Su'bah, dari Qatadah dari Abi al-Hakam, berkata: Saya mendengar Abdullah bin [Sayyidina] Umar bercerita: Dari Rasulullah s.a.w, bersabda yang maksudnya: "Barang siapa mengambil Anjing, kecuali Anjing [untuk keperluan] bertani atau berburu, pahalanya berkurang, setiap hari 1 Qiraat. Dalam riwayat lain pahalanya dikurangi 2 Qiraat (Qiraat adalah semacam satuan-satuan tertentu)".

Para ulama' sebenarnya melihat hadis ini tidaklah sebagaimana yang kita rasakan, iaitu secara sepakat membenarkan semua Anjing tanpa mengira jenis dan keadaan dibunuh. Tapi, marilah kita perhatikan lebih lanjut apa yang kita patut perolehi hadis. Ulama' dalam membicarakan hal ini mengeluarkan pendapat yang tidak sekata.

Satu Kumpulan menerima makna hadis Rasul s.a.w tersebut dengan perintah membunuh seluruh Anjing, sedang kumpulan yang kedua mengatakan hanya Anjing-Anjing tertentu sahaja yang boleh dibunuh dan kumpulan ketiga tidak boleh membunuh Anjing-Anjing. Tidak disebutkan mana yang pendapat jumhur dan mana yang pendapat minor, tetapi disebutkan:"Pendapat yang menyatakan tidak semua ANJING perlu dibunuh ternyata dikatakan lebih masyhur". ulama' tidak meneruskan perintah tersebut dengan membunuh seluruh Anjing, sekalipun ucapan dari Rasulullah cuma membatasi toleran kepada Anjing-anjing yang boleh dimanafaat tenaganya"

Pendapat Pertama: Membunuh Keseluruhan Anjing
Didalam Sahih Bukhari dan Muslim dan juga Sunan Nasa'i dan juga Kitab-kitab musnad ada menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh kita membunuh Anjing kecuali Anjing buruan dan Anjing yang menjaga ladang atau menjaga ternakan. Di dalam beberapa riwayat ada disebutkan bahawa sabda Nabi s.a.w sebagai berikut:

Maksudnya: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengarahkan untuk membunuh Anjing".

Maksudnya: "Telah mengarahkan supaya dibunuh Anjing, hantarlah ia ke hujung bandar dan bunuh".

Maksudnya: "Rasulullah mengarah supaya membunuh Anjing kecuali Anjing buruan dan Anjing menjaga ladang atau menjaga ternakan". Maksudnya: "Jauhilah dari Anjing berbintik hitam sesungguhnya ia adalah syaitan".

Maka dari hadis yang tersebut di atas ternyatalah bahawa Rasulullah mengarahkan membunuh Anjing dan melarang kita membela Anjing dan juga menyentuhnya kecuali Anjing buruan dan Anjing penjaga.

Pendapat Kedua: Membunuh Anjing Tertentu
Dalam hadis lain, juga dari riwayat Imam Muslim. Terjemahan bebas riwayat tersebut begini:

"Rasul telah memerintahkan kepada kita untuk membunuh Anjing. Sampai (suatu saat) datanglah seorang wanita Badwi dengan membawa Anjingnya, lalu ingin membunuhnya kerana dia ketahui adanya perintah Rasul sebelumnya. Tapi Rasulullah s.a.w melarang dan bersabda: "(Diwajibkan) atas kalian (cukup) membunuh Anjing hitam yang memiliki dua bintik dimatanya, sebab itu (bukan Anjing melainkan) syaitan".

Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda yang maksudnya:

"Malaikat Jibril datang kepadaku, kemudian ia berkata kepadaku sebagai berikut: Tadi malam saya datang kepadamu, tidak ada satu pun yang menghalang-halangi aku untuk masuk kecuali kerana di pintu rumahmu ada patung dan di dalamnya ada korden yang bergambar, dan di dalam rumah itu ada pula Anjing. Oleh kerana itu perintahkanlah supaya kepala patung itu dipotong untuk dijadikan seperti keadaan pohon dan perintahkanlah pula supaya korden itu dipotong untuk dijadikan dua bantal yang diduduki, dan diperintahkanlah Anjing itu supaya dikeluarkan" (HR.Abu Daud, Nasa'i, Tarmizi dan Ibnu Hibban).

Dari Saidatina Aisyah r.a beliau berkata: "Telah berjanji Jibril dengan Rasulullah akan datang dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya, Jibril tidak datang.  Di tangan Nabi ada sebatang tongkat, maka baginda buang tongkat itu sambil berkata: "Tuhan dan RasulNya tidak akan menyalahi janji". Kemudian Nabi melihat ke sebelahnya, maka baginda melihat ada anak Anjing di bawah tempat tidurnya. Maka baginda bertanya: "Bila masuknya Anjing ini?"  Siti Aisyah menjawab: "Saya tidak tahu". Lalu disuruh usir keluar Anjing itu. Setelah Anjing itu keluar datanglah Jibril A.S dan Nabi terus bertanya: "Engkau berjanji denganku akan datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang".Jawab Jibril: "Anjing yang berada di rumahmu yg menghalangi aku, kerana Kami (Malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya Anjing dan gambar (patung)". (Hadis riwayat Imam Muslim).

Hadis itu menjadi 'mubayyin' (penjelas) atas hadis-hadis lain, seperti juga hadis yang menceritakan penantian Rasul atas Jibril, tapi ternyata Jibril tidak mahu masuk ke kediaman Rasul kerana di dalamnya ada Anjing.

 "Kami tidak (mahu) masuk rumah yang ada Anjing dan gambar, demikian alasan Jibril tidak mahu menemui Rasul s.a.w" (HR.Bukhari melalui Abu Thalhah)

Kurang pasti, bila Jibril pertama kali enggan menemui Rasulullah s.a.w kerana di dalamnya ada Anjing. Tapi sekadar jangkaan sahaja, pernyataan (stateman) malaikat Jibril itu terjadi jauh setelah kelahiran Sayyidina Hasan dan Husain. Sebab di masa kanak-kanaknya, kedua anak kecil itu diceritakan sering bermain-main dengan Anjing. Maksudnya, Anjing masa itu - sebelum kes Jibril - benar-benar bebas menentukan hala hidupnya, dan belum tersentuh oleh proses-proses kedatangan agama Islam. 

Hanya setelah kejadian Jibril itu, Anjing agak tersisih yang - konon - disisihkan oleh syariat Islam itu sendiri. Bahkan persoalannya tidak hanya malaikat Jibril yang enggan bertemu dengan Anjing, disabdakan oleh Rasulullah s.a.w, kalau piring kita terjilati Anjing pun mesti dibersihkan dengan cara tujuh (7) kali cucian ditambah sekali menggunakan debu tanah. 

Menurut Ibnu Hajar, yang disepakati ulama' adalah membunuh Anjing yang "aqoor", yakni yang suka menggigit atau yang menyerang manusia.. Kalau hanya demikian, sangat logik kalau Anjing yang suka menggigit perlu dibunuh. Jangankan Anjing, lipan, ular, semut atau tebuan jika menggigit pastinya kita bunuh. Mengenai ini, dipertemukan hadis riwayat Imam Bukhori dalam "Kitabu Abwab al-Ihshar wa Jaza-u ash-Shayd", hadis 1731.

Hadis tersebut menyatakan sebagai berikut:

"Lima macam haiwan yang jika membunuhnya tidak ada masalah:  
(1) Burung gagak (Ghurab),  
(2) Burung Rajawali (Had'ah),  
(3) Tikus (Al-Fa'ratu),  
(4) Kalajengking ('Aqrabu), dan 
(5) Anjing yang menggigit (Aqoor)"

Tetapi, hadis-hadis di atas kurang kuat untuk meneguhkan hak-hak hidup Anjing

Dalam hadis lain pula ada dinyatakan mengenai haiwan yang boleh kita bunuh. Antaranya haiwan yang membahayakan manusia dan sering hidup ditengah populasi manusia seperti ular, kalajengking. Haiwan jenis ini dianjurkan untuk dibunuh dalam apa keadaan sekalipun. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud, Nabi pernah bersabda yang maksudnya:

"Lima jenis haiwan yang harus dibunuh, baik di tanah haram maupun di tanah biasa, iaitu: 
(1) ular,  
(2) kalajengking, 
(3) tikus,  
(4) Anjing buas, dan 
(5) burung rajawali"  Dalam riwayat lain disebutkan juga burung gagak".

Pendapat Ketiga: Tidak Boleh Membunuh Anjing 
Mengenai hukum menyuruh membunuh Anjing, apabila Baginda s.a.w melihat penduduk Madinah amat menyayangi Anjing peliharaan mereka, sehingga makan bersamanya (berdekatan) dan tempat tidur pun hampir setempat. Lalulah diperintah bunuh segala Anjing, sehingga sukar bagi Anjing hidup di kota Madinah Munawarah ketika itu. 

Lepas itu lalu ditukarkan perintahnya, dengan menyuruh bunuh Anjing hitam sahaja, disebabkan syaitan bersama dengan Anjing hitam, tetapi apabila Anjing hitam dibunuh, dan Anjing yang selain dari hitam telah tidak dibunuh, dan ia tidak didampingi lagi. 

Ibnu Umar menceritakan: "Maka pada satu hari, Baginda s.a.w telah ditanya tentang Anjing hitam. Maka jawabnya: "Apa hubungan saya dengan Anjing?". Dari hari itu semua Anjing apa warna pun, tidak lagi dibunuh" (HR.Muslim:Juz I,Hal 685).


Nota Kaki: 

[1] Sahih: 
Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadis al-Shahihah (Maktabah  al-Ma‘arif, Riyadh 1995), hadis no:23.
[2] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya, hadis no:3467 (Kitab hadis-hadis al-Anbiya’).
[3] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya, hadis no:3318 (Kitab permulaan penciptaan).
[4] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Shahih al-Bukhari – hadis no:172 (Kitab Wudhu, Bab  jika ANJING minum daripada bekas air……).
[5] Ibn Hajar al-‘Asqalani – Fath al-Bari bi Syarh Shahih al-Bukhari (tahqiq Bin Baz; Dar al-Fikr, Beirut), jld. 1, ms.369-370 dan al-Albani – Irwa’ al-Ghalel fi Takhrij Ahadis Manar al-Sabil (Maktab al-Islami, Beirut 1985), jld 1,ms.62.
[6] Wahbah al-Zuhaili – Fiqh al-Islami wa ‘Adilatuhu (Dar al-Fikr, Damsyik 1994), jld. 1, ms.305.
[7] Wahbah al-Zuhaili – Fiqh al-Islami wa Adilatuhu, jld. 1, ms.305.
[8] Sunan al-Daruquthni (Dar al-Ma’refah, Beirut 2001), jld. 1, ms.171.
[9] Thahr al-Tastrib bi Syarh al-Taqrib al-Asanid wa Tartib al-Masanid (Dar al-Fikr, Beirut), jld. 2, ms.123.[10] Fiqh al-Thaharah (edisi Indonesia atas judul yang sama; al-Kautsar, Jakarta 2004), ms.21-22.[11] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim di dalam kitab Shahihnya – hadis no:1337. Rujuk juga Hadis 40 al-Imam al-Nawawi – hadis no:9.
[12] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim di dalam kitab Shahihnya – hadis no: 1574 (Kitab al-Masaqah, Bab perintah  membunuh Anjing).
[13] Nail al-Authar min Asrar Muntaqa al-Abrar (Dar al-Kitab al-‘Arabi, Beirut 2000), jld. 5, ms.204.


Rujukan: 1. Surat Universitas Al-Azhar beserta Terjemahannya.  2. Salinan Surat Jawatan Urusan Agama Tgl.13 -12 1956, No.655 / A / 1 / 156. 3. Mufti Sheikh Ahmad Kutty.