Thursday, April 12, 2012

Doa Buat Pencinta Haiwan


Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puja dan puji bagi bagi Allah Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam ke atas Nabi junjungan. 

Ya Allah dengarlah doa kami yang sederhana ini untuk rakan-rakan kami; haiwan yang menderita, yang diburu atau hilang, atau ditinggalkan dalam ketakutan dan kelaparan, Kami bermohon dengan rahmat dan rahimMu agar mereka ini dilayani dengan sikap belas kasihan dan kasih sayang samada dalam perkataan mau pun perbuatan. 

Ya Allah berikankanlah kami kekuatan serta intelektual yang tinggi dan permudahkanlah segala urusan kami, Jauhilah kami dari segala mara bahaya, kecederaan atau kehilangan jiwa dalam melaksanakan misi mulia ini. 

Kami juga memohon kepadamu agar suara kami, rintihan kami dan syor kami ini didengar dan dapat diterima baik oleh setiap masyarakat dengan hati terbuka dan lapang dada.

Jauhilah kami semua ini ya Allah dari sifat mazmumah; perasaan hasad dengki, cemburu dan irihati kerana sifat ini akan mengagalkan segala usaha kami. 

Ya Allah tautkan hati kami, hindarilah persengketaan antara kami, rapatkanlah jurang dan hubungan antara kami agar tujuan murni kami iaitu MENYELAMATKAN HAIWAN DARI DIANIAYA tercapai dengan jayanya.