Saturday, November 10, 2012

Kisah Benar: Hachiko - Anjing Legenda Jepun Yang Setia Menunggu Kepulangan Tuannya Hingga Akhir Hayat.


Anjing dari jenis baka Akita Inu ini mempunyai susuk badan yang tegap lahir pada 10 November 1923, Semasa ia  berumur 2 bulan, Hachiko telah dibawa oleh Profesor Ueno seorang  Profesor di Universiti Tokyo di dalam bidang pertanian ke kediamannya di Shibuya. Prof. Ueno menggelar  Hachiko dengan panggilan Hachi yang bermaksud Cahaya. Nama 'Ko' yang ada di hujung nama -  Hachi-ko -  membawa maksud "Anak".


Profesor Ueno menganggap Hachiko seperti keluarganya serta rakan terbaiknya. Hachiko begitu menggemari makanan Yakitori - sate ayam. Selama lebih dari satu tahun Hachiko sering menhantar serta menanti kepulangan Profesor di Stesen Keretapi Shibuya. Sudah menjadi satu kebiasaan seperti rutin  bagi Hachiko menunggu kepulangan profesor yang bekerja di kota Tokyo. Dan pada tarikh yang bersejarah inilah segala-galanya bermula, Ini memperlihatkan bukti bahawa manusia adalah sekadar merancang, sebaliknya yang menentukan ketetapan adalah Tuhan. 

21 Mei 1925, Profesor Ueno terkena stroke - Angin Ahmar - ,  di tempat beliau bekerja dan meninggal dunia di Universiti Tokyo sebelum sempat pulang menemui Hachiko. Oleh kerana Profesor Ueno telah mati, maka saudara Ueno, telah mengambil alih tugas untuk menjaga Hachiko. Hachiko hidup dengan saudara Ueno dan rumahnya terletak hanya beberapa kilometer dari Stesen Shibuya, tempat biasa Hachiko menunggu kepulangan tuan kesayangannya. 

Pada suatu hari Hachiko merasa kesepian, Ia melarikan diri dari rumah penjaga barunya dan menuju ke Stesen Keretapi Shibuya dengan harapan akan dapat bertemu dengan tuannya -  yang telah pun meningal dunia - .  Seorang tukang kebun yang mengenali Profesor Ueno bernama Kikuzaburo Kobayashi melihat setiap hari Hachiko setia menunggu tuannya yang tak kunjung tiba seperti biasa. Apabila melihat akan kesetiaan seekor anjing kepada tuannya, Kikuzaburo berasa kagum dan beliau selalu memberi makan  "Yakitori" kepada Hachiko sesuai dengan apa yang diberi oleh profesor.

Tahun 1928, Stesen Shibuya telah diubahsuai rekabentuknya secara menyeluruh.  Ketika pengubahsuaian stesen itu sedang rancak berjalan, Hachiko telah menyelinap ke setiap kedai-kedai tetapi ianya telah dirobohkan untuk pengubahsuaian. Namun, Hachiko tetap setia menunggu tuannya dan Kikuzaburo terlihat Hachiko sering menunggu di salah sebuah tempat di stesen tersebut yang masih baik keadaannya.



Posisi Hachiko menunggu tuannya di Stesen Shibuya yang sempat dirakam.

Ditahun yang sama, ada seorang pengkaji anjing jenis Akita yang kebetulan dia adalah murid Profesor Ueno telah melihat "pemandangan" menarik tentang Hachiko yang ketika itu sedang duduk menunggu kepulangan tuannya, yang juga anjing jenis Akita. Dia mengamati bagaimana Hachiko menunggu tuannya di stesen keretapi. Setelah memperolehi maklumat mengenai Hachiko yang setia menunggu tuannya. Beliau mula menulis artikel tentang Hachiko.


Berita tentang Hachiko mulai tersebar di seluruh Jepun. "Faithful Old Dog Awaits Return of Master Dead for Seven Years" merupakan berita yang dimuat di harian Asahi pada 4 Oktober 1933. Hachiko mulai dikenali dan tersohor hingga ke seluruh pelosok Jepun.

Tahun 1934 patung Hachiko didirikan di depan Stesen Shibuya. Stesen tersebut telah mengalami kerosakan pada tahun 1948 akibat Perang Dunia ke II.

Hachiko mati pada 8 March 1935. Di saat hampir mati, Hachiko masih setia menunggu Profesor Ueno di pintu keluar Stesen Shibuya yang kini dinamakan sebagai PINTU HACHIKO SHIBUYA.

Posisi patung Hachiko adalah duduk seperti 70 tahun lalu,  menunggu Profesor Ueno pulang. Patung Hachiko  kini terdapat 3 buah, satu di Shibuya, Akita serta tempat kelahiran Hachiko Odate.


Kisah Hachiko kini telah diadaptasikan di dalam novel, buku cerita, dokumentari serta filem. Di antaranya filem yang berjudul Hachiko lakonan Richard Gere. Filem ini mampu meluruhkan airmata orang yang menontonnya.