Friday, November 02, 2012

Tinggal Kenangan


Aunty dan uncle berasa amat sedih hari ini kerana sekumpulan strays yang telah kami beri makan hampir 4 tahun telah berjaya ditangkap oleh Majlis Daerah dalam Operasi Tangkap Anjing Jalanan dalam minggu ini ekoran komplen pengurusan kilang di sini. Kami tidak jangka perkara ini berlaku kerana mereka sukar ditangkap walaupun telah beberapa kali cubaan dilakukan. Apa yang Aunty khuatiri selama ini telah pun berlaku.. 


Beberapa hari ini hati rasa tidak sedap, seperti ada kejadian buruk menimpa strays ini.. setelah 3 hari berturut-turut kelibat mereka tidak dapat dikesan. Sehinggalah pada pagi tadi Aunty terima info dari saksi bahawa mereka telah ditangkap dan dibawa pergi menaiki lori Majlis Daerah.

Strays tersebut tidak pernah pergi jauh dari lokasi yang kami beri makan dan beberapa pemilik premis berdekatan memberitahu kami bahawa strays yang dimaksudkan ini tidak menganggu orang ramai atau pekerja di sana.

Remuk rasa hati ini. 

Mana-mana rakan FB: Mohd Hairey Yahya, Mariah Ghani, AbdalAdheem Bin Abdullah, Hannah Habash, Khairianie Cat,Amy Nur Jannah ,Asrul Shah, Khairi Salleh, Puteri Alya, Kids Kidd Vs Reyy, Noor Shida dan suami, Marissa Luvida Thaqiff dan suami yang pernah ikut menyertai Aunty memberi makan Stray ini. Itulah kali terakhir anda semua melihat mereka. Terima kasih atas sifat ehsan anda semua. Kebaikan anda semua akan menjadi saksi di Akhirat kelak.

NOTA: Yang menyedihkan Aunty kilang itu milik Bumiputera Melayu Islam.