Saturday, April 14, 2012

Nilai Di Sisi Tuhan.

Apabila kita terlintas untuk melakukan kebajikan tidak kira kepada haiwan jalanan atau sesama manusia, Jangan sampai terhenti apabila memikirkan ketidakcukupan dan kita rasa akan mengalami kesukaran hidup. 
Biasanya rezeki untuk kita dan mereka tetap ada. sesekali kita rasa bahawa kehidupan ini amat sukar kerana dihimpit kesusahan dan kemiskinan. Tetapi kita kena ingat bahawa begitu ramai orang yang susah dan lebih miskin dari kita tetapi mereka ini pemurah. Kenapa? kerana mereka ini adalah orang yang sentiasa bersyukur dan menjauhi sifat tercela. Ingat bahawa sifat tercela akan meruntuhkan sejuta kebaikan yang kita buat dan tiada nilai di sisi Tuhan.