Kebetulan sewaktu cuti hari pekerja pada 01 Mei 2012 Aunty menerima PM dari seorang yang memperkenalkan dirinya sebagai Nik dari Kelantan menyatakan ingin berkunjung ke rumah Aunty untuk melihat kuncing-kucing Aunty. Kebetulan hari itu Nik berada di Kuala Lumpur beberapa hari dan esok perlu pulang semula ke Kelantan, Secara bergurau Aunty bertanya hadir bersama NGO ke Perhimpunan BERSIH 3.0, Nik kata tiada kaitan., hadir urusan kerja. Kebetulan Uncle tak ada urusan luar dan aunty alukan kunjungannya..
Lebih kurang jam 8.00 malam kami bawa Nik untuk menikmati Steamboat ke Restoran Buffet Lucky Hill Arif Seafood Steamboat & Barbecue di Bukit Sentosa sampai kenyang.
Semasa makan Aunty yang ditemani Uncle berbual berbincang mengenai perihal kebajikan Strays. Nik ada menyebut antara orang yang hendak dia jumpa adalah Papa Meow, Papa Hero dan Aunty. Rupanya Aunty tersenarai dalam orang yang beliau nak jumpa.
Pada pukul 12.00 malam Nik minta diri untuk pulang.. Kucing-kucing Aunty dah banyak tidur, penat bermain siang tadi. Uncle pelawa Nik supaya bermalam di Rumah Tetamu, dan beliau setuju.
Pagi tadi jam 7.30 kelihatan Nik sudah berdiri di depan gate rumah Aunty untuk mengucapkan terima kasih dan pulang ke Kelantan.
P/s : Untuk Nik sekali lagi datang kena bawa isteri..