Sekali lagi isu anjing telah
menjadi hangat di media-media utama dan menenggelamkan isu-isu lain yang lebih
besar. Apakah isunya yang dimainkan sehingga tersebar dengan meluas? Program anjuran seorang jejaka bernama Syed
Azmi Al-Habsy merupakan seorang farmasi berasal dari Kuala Lumpr yang berhati
mulia.
Melalui FB beliau, kelihatan banyak kegiatan-kegiatan yang telah
dianjurkan bersama rakan-rakannya
menjurus pada konsep beramal dan bersedekah tidak kira bangsa, agama,
usia dan status.
1.Free Market (Pembahagian barangan secara percuma kepada golongan kurang mampu dan kurang bernasib baik)
2.Street Solat bersama warga miskin kota(gelandangan)
3. Sumbangan barangan/makanan kepada golongan warga miskin kota (gelandangan)
4. Ramadhan Box
5. Kursus Pengurusan Jenazah
6. Kursus Penyembelihan Ayam
7. Sukan Rakyat
8. Lawatan Ke rumah Orang tua-tua (membantu kerja membersih dan memberi makan)
9. Kutipan Pakaian Untuk Syria
10. Kutipan makanan untuk mangsa banjir Kuantan
11. Food for Sahur untuk penjaga pesakit di hospital
12. Kutipan Alat tulis untuk sekolah anak orang Asli di Cameron Highland
Beliau bersama beberapa rakan dan kenalan telah menganjurkan program I Want To Touch A Dog Awareness pada 19 Oktober yang lalu. Apa yang jelas beliau menyatakan tujuan utama diadakan untuk menghilangkan rasa takut terhadap anjing, stigma yang dihadapi terutamanya Melayu muslim.
Beliau mengakui menghadapi fobia terhadap anjing dan berharap agar dapat mengatasinya melalui program tersebut. Pada masa yang sama juga semoga dapat membantu jika keadaan memerlukan seperti anjing tercedera, kelaparan dan sebagainya.
Namun selepas program tersebut segalanya berubah.