Sebesar mana komuniti pencinta haiwan yang kita bina, ianya sia-sia belaka sekiranya kita tidak 'mencintai' sahabat-sahabat kita yang lain dan mewujudkan sengketa sesama manusia...Buanglah yang keruh, ambillah yang jernih....
Mulai dari hari ini, tanamkanlah azam baru agar menjadi lebih berani untuk menyelamatkan haiwan...Kongsikan kisah haiwan yang telah anda selamatkan di Facebook dan jangan pedulikan apa orang nak kata terhadap kebaikan yang anda telah lakukan...Gunakanlah Facebook sebagai platform untuk mencetuskan fenomena baru untuk memartabatkan pencinta haiwan agar mereka yang bencikan haiwan akan berasa amat rugi kerana tidak memiliki perasaan yang ajaib ini...Bonus kepada mereka yang mempunyai blog kerana cerita pilu kucing yang telah diselamatkan dapat dikongsikan dengan lebih terperinci lagi...
Kalau kalian mahu NGO atau pencinta haiwan lain membantu anda menyelamatkan kucing atau anjing, kalian perlu membantu mereka ini terlebih dahulu iaitu pelihara kucing yang anda jumpai buat sementara ataupun menempatkan mereka di tempat yang selamat di samping menunggu bantuan tiba....Ini adalah kerana KALIAN adalah orang yang pertama menjumpai mereka...Ambillah tanggungjawab ini dengan sebaiknya, semoga Allah merahmati usaha kalian...
Steady Semua...!!!