"All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community."
"Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah."
Terma TNRM Trap Neuter Release and Manage bermaksud Perangkap Mandul Lepas dan Urus. Ia melibatkan haiwan jalanan atau strays seperti kucing dan anjing. Strays ini akan menjalani kehidupan seharian seperti biasa seiring dengan manusia setempat tanpa menimbulkan masalah yang tidak diingini. Di kebanyakkan negara maju projek ini telah dijalankan dan mendapat sambutan penduduk setempat .
Negara jiran terdekat iaitu Singapura telah memulakan TNRM dengan kucing jalanan. Ia telah dilaksanakan lebih sedekad. Kucing-kucing tersebut di perangkap kemudian dimandulkan serta bahagian hujung telinga kiri akan dipotong sedikit dan ia berada di bawah selian “feeder” atau pemberi makanan tetap. Selain itu Mikro chip juga akan diselitkan sebelum dilepaskan untuk memudahkan pengenalan buat majlis tempatan.
Setakat ini ia menampakkan hasil yang positif kerana jumlah kucing dapat dikawal dan kebajikannya dijaga dengan baik walaupun mungkin terdapat masalah yang timbul.
Di Eropah ia telah terbukti berjaya dan melibatkan banyak tempat dan daerah. Sementara di Amerika ia masih dipraktikkan untuk beberapa dekad. Namun kedua-dua benua ini hanya mengamalkan TNR sahaja. Haiwan-haiwan tersebut lebih bersifat berdikari dan mencari makan sendiri walaupun ada juga terdapat penyediaan makanan dan minuman oleh individu.
Banyak manafaat yang boleh diperolehi dengan TNRM antaranya; mampu mengekang bilangan haiwan dan mengelak dari kekerapan mengawan dan bunting. Selain itu juga dapat menghalang dari berlakunya pergaduhan sesama sendiri. Ia juga meningkatkan tahap kesihatan apabila sudah divaksin dan dapat hidup dengan sihat serta umur yang panjang. Selain itu populasi haiwan tersebut terkawal dan tiada peningkatan. Haiwan tersebut boleh menjadi jiran yang baik pada manusia. Secara tidak langsung ia juga dapat memperbaiki imej haiwan tersebut dan ia merupakan penyelesaian yang lebih berperikemanusiaan.
Bagaimanapun di negara kita Malaysia ia masih baru, hanya segelintir pencinta haiwan yang mengamalkan TNRM di kawasan mereka tinggal. Ada juga terdapat kes di mana strays tersebut yang telah diracuni dan hampir kesemuanya mati. Di sini perlu dilihat usaha untuk mengelak pembiakan dari berterusan telah dilakukan dan kebajikan mereka terjaga. Namun akibat dari segelintir manusia yang tidak berperikemanusiaan yang diselubungi dengan sifat rakus maka strays tersebut tetap dianiaya mengakibatkan kematian.
Malang sungguh kita sebagai manusia tidak dapat menerima hakikat bahawa kita berkongsi ruang kehidupan dengan makhluk lain termasuk haiwan jalanan. Jelas di sini bahawa maksud sebenar TNRM tidak difahami dan diterima. Bagaimana mungkin manusia hanya ingin hidup sendirian tanpa mereka sedangkan bumi dijadikan untuk semua yang diciptaNya, cuma berlainan arah dan cara kehidupan dan ia merupakan kehidupan eko system hakiki.
Setiap kehidupan mempunyai pusingan masing-masing di akhiri dengan kematian tetapi dengan cara sunnah bukan dengan cara kekejaman manusia.
Dengan TNRM, kehidupan strays lebih teratur dan aman berbanding dengan keadaan yang wujud sekarang. Strays tidak lagi perlu menyelongkar sampah-sarap, dibiarkan membiak tanpa pengawalan dan menyebabkan kacau-ganggu kehidupan persekitaran. Jika kita mampu melaksanakan TNRM bermakna kita memberi peluang yang cerah pada kehidupan lain iaitu strays yang sebelum ini dipandang hina, jijik, kotor dan berpenyakit.
Sekiranya TNRM berjaya maka stray ini akan dilihat lebih bersih dan mampu hidup bersama dengan masyarakat sekeliling. Semoga negara kita menjadi perintis, samada berjaya atau tidak terpulang pada kita.