Mengubah persepsi bukanlah perkara yang mudah kerana ia memerlukan ketabahan, kesabaran, kecekalan hati serta buah fikiran untuk diterima oleh umum walaupun menerima cacian, kutukan, penghinaan malah difitnah namun ia mesti diteruskan terutama untuk memperjuangkan hak mereka yang tidak bersuara.
Ditakdirkan ada diantara kita yang berbeza pendapat maka terimalah dengan hati terbuka. Usahlah kita saling berdebat dan membiarkan isu berpanjangan kerana pasti tiada huraian yang akan ditemui. Jika sesuatu pendapat itu terbukti kebenaran tetapi tidak punya kekuatan untuk menerima maka tinggalkan ia dan doakan pada mereka yang meneruskan pendapat tersebut semoga diredhai. Jika sememangnya salah maka terima segala teguran dan berusaha untuk perbaikinya walaupun bukannya mudah untuk lakukan sedemikian.
Janganlah kita menjatuhkan hukuman diantara satu sama lain kerana hukuman yang mutlak hanya ada padaNya. Siapalah kita untuk menghukum insan lain sebaliknya doakan antara satu sama lain semoga kehidupan kita ini sentiasa berada di jalan yang benar.