Monday, September 22, 2014

Guide Dog Dalam Islam


“Guide Dog” atau anjing bantuan untuk insan yang hilang penglihatan samada dibenarkan oleh syariat Islam atau sebaliknya. Isu ini begitu hangat diperkatakan oleh masyarakat muslim di Malaysia secara khusus dan di merata dunia secara amnya.  Apakah ia rasional atau sebaliknya.

Guide dog merupakan anjing yang banyak memberi bantuan pada orang yang hilang penglihatan dan kerap digunakan terutama di negara seperti Amerika Syarikat dan juga Eropah.

Pada mulanya sambutan masyarakat terhadap penggunaan guide dog agak dingin dan hambar kerana ia agak sukar diterima.

Namun kini ia semakin diterima dan kini mula diperkenalkan di Malaysia dan Singapura.

Walau bagaimanapun seperti yang dijangka tidak kesemua masyarakat Malaysia dapat menerima secara terbuka kerana isu utama yang sering dibangkitkan adalah kesucian haiwan tersebut. Sebelum dijelaskan secara lanjut, perlu dinyatakan tugas utama anjing tersebut.

Namun anjing yang ingin dijadikan guide dog perlu mempunyai kriteria seperti berikut.

a) Personaliti
b) Baka (Labrador Retriever, Golden Retriever atau campuran baka keduanya)
c) Kesanggupan untuk bekerjasama
d) Emosi yang dapat dikawal oleh pemilik tersebut
e) Keupayaan untuk bertenang terutama dalam keadaan yang tegang
f) Keupayaan untuk belajar
g) Mentaliti yang stabil
h) Dalam keadaan sihat

Haiwan ini terlebih dahulu disaring dan mengikuti latihan intensif supaya terdapat keserasian antara anjing dan pemiliknya.  Ia harus memiliki personaliti yang menarik, mudah serta sanggup untuk bekerjasama dengan pemilik.

Selain itu, emosi yang minimal dan dapat dikawal serta sentiasa berada dalam keadaan tenang walaupun dalam situasi yang tegang. Ia juga bermaksud keadaan mentaliti yang stabil keupayaan untuk belajar dan paling utama sihat. Ini semua bertujuan untuk memudahkan tugasan dan menjaga hubungan dengan pemilik.

Persoalan yang pasti timbul bagi orang muslim terutamanya ialah bagaimana mengekalkan kesucian jika bertembung dengan haiwan ini. Sebenarnya jika kita mnemahami hukum-hakam Islam secara terperinci ia amat mudah.  Namun kerana kejahilan sendiri maka terus dijatuhkan hukuman haram dan sebagainya. Tidak disedari bahawa kegunaan haiwan ini adalah untuk memudahkan urusan harian bagi mereka yang hilang penglihatan dan jika ia merupakan satu langkah yang terbaik maka harus diterima dengan terbuka.

Jika najis mughalazah menjadi isu maka ia adalah satu isu mudah di mana boleh disertu atau disuci tidak kira samada dengan sabun taharah yang berada di pasaran mahupun dengan tanah liat.

Mufti Negeri Perlis, menyatakan dalam Islam tidak terdapat hukum-hakam yang melarang penggunaan anjing sebagai pemandu arah atau pembantu bagi yang hilang penglihatan. Di Britain seorang imam masjid membenarkan haiwan tersebut berada di perkarangan masjid bagi memudahkan pergerakan seorang budak lelaki yang hilang penglihatan.

Malah di bawah undang-undang syariah United Kingdom 2008, fatwa telah dikeluarkan yang membenarkan memelihara guide dog untuk membantu mereka yang hilang penglihatan dan jika diperlukan untuk membawa ke masjid untuk menunaikan solat.

Tokoh Agama dan para Ulamak yang arif dan pakar dalam syariat dan perundangan  Islam perlu memperkenalkan dan membenarkan penggunaan guide dog buat orang-orang Islam yang hilang penglihatan terlebih dahulu.

Jika ia berlaku maka garis panduan perlu disediakan buat mereka khususnya dan masyarakat umum amnya. Tujuan utama untuk memberi pemahaman secara meluas dan tidak disalah tafsir oleh masyarakat umum. 

Related Post: Islam Allows Blind To Use Dogs