Kini terdapat ramai independent rescuers atau penyelamat individu yang membantu haiwan jalanan di serata Malaysia. Sebagai rescuer yang bergerak secara persendirian pastinya memerlukan komitmen masa, tenaga dan wang yang tidak terhad. Semuanya ini dilakukan demi strays serta tuntutan fardu Kifayah.
Salah seorang daripada mereka yang aunty kenali secara peribadi ialah saudara Muhamad Razeef Che Samah. Beliau tingggal di Shah Alam Selangor dan menjalankan perniagaan sendirian sejak tamat kuliah di Universiti Tun Abdul Razak - UNITAR. Muhamad Razeef telah terlibat dalam menyelamat haiwan sejak tahun 2005 ketika itu berusia 25 tahun. Kebanyakkan kucing jalanan yang diselamatkan pada masa itu ditempatkan di rumah beliau bersama keluarga.

Ketika ini kesemuanya diletakkan di penampukkan baru yang agak besar dan lebih selesa di namakan S.I Shelter di Shah Alam tidak jauh dari tempat beliau tinggal.
Jadual beliau pada setiap hari agak padat dimulakan rutin seawal selepas subuh sehingga jam 10 pagi dengan membersih dan memberi makan dan minum di penempatan haiwan tersebut. Masa yang perlu diambil lebih kurang 1-2 jam diikuti pula dengan strays yang memerlukan rawatan rapi sehingga mereka sembuh sepenuhnya.
Apabila selesai urusan di shelter, beliau akan pergi berniaga seperti biasa dan akan meyambung kembali rutin pada sebelah petang atau malamnya. Tidak dapat dibayangkan betapa berat komitmen yang perlu diberikan terhadap strays ini. Namun semuanya beliau lakukan tanpa keluhan sebaliknya dengan penuh kasih-sayang dan perhatian yang sebaik mungkin. Penjagaan rapi terutamanya buat yang berpenyakit seperti sporo atau FIV FELV dan juga yang terkena jangkitan kuman.

Begitu mulia peribadi insan ini tanpa mengira tempat dan masa membantu haiwan jalanan yang tidak mampu bersuara. Terfikir di benak fikiran aunty mampukah aunty untuk melakukan sedemikian? Apabila semakin bertambah penghuni di S.I Shelter maka semakin bertambah kos rawatan, makanan dan lain-lain untuk mereka. Ini semua ditampung secara sendirian mengikut kemampuan beliau. Purata kos makanan bagi penghuni untuk sebulan dalam anggaran RM2500 termasuk sewa penempatan shelter tersebut tidak termasuk kos rawatan. Setakat ini dapat beliau harungi sedikit sebanyak melalui hasil perniagaan yang dijalankan selama ini.
Bagi mereka yang sudi menghulurkan bantuan sila rujuk pada akaun dan beliau boleh dihubungi melalui nombor yang tertera dibawah ini.
Nama: Muhamad Razeef Che Samah
No. h/p: 017-320 6869
Akaun Maybank: 1627861017
Akaun CIMB: 12210036419525
Semoga usaha beliau selama ini mendapat sokongan para pencinta haiwan dan rescuers yang lain termasuk aunty. Perlunya ada kerjasama dan sokongan antara satu sama lain kerana tujuan kita sama dan satu iaitu untuk membantu haiwan yang bernama strays yang tidak bersuara. Dengan adanya mereka ini semoga sedikit sebanyak dapat membantu strays ini untuk menjalani dan menghadapi kehidupan yang lebih bermakna.
Buat saudara Razeef aunty doakan semoga usaha murni ini akan diteruskan selagi hayat dikandung badan. Usah putus asa atau menoleh ke belakang teruskan perjuangan walaupun terdapat banyak duri dan onak. Tabahkan hati mu dan semoga dipermudahkan segala urusan. Tahniah buat anda .