Friday, November 28, 2014

Perlupusan Haiwan: Dapatkah Dibendung?

Furry Friendly Farms, Cherishlife Home, MIAR, Langkawi Animal Shelter and Sanctuary (LASSIE) , Noah’s Ark Natural Animal Sanctuary dan sebagainya adalah di antara beberapa pusat perlindungan haiwan yang beroperasi secara persendirian di Malaysia.  Pusat perlindungan ini kebanyakkannya mengamalkan polisi “no kill shelter” atau tiada pembunuhan

Tiada istilah PTS, euthanize atau tidur di dalam pusat perlindungan sebegini. Semua haiwan seperti kucing , anjing, kuda, monyet dan lain-lain dilindungi dan dipelihara sehingga ke akhir hayat. Melainkan haiwan tersebut mengalami sakit tenat atau berpenyakit yang tiada penawar barulah kaedah PTS digunapakai sebagai langkah terakhir.

Pusat perlindungan ini pada asasnya wujud bertujuan untuk membantu dan memberi perlindungan kepada haiwan-haiwan terbiar atau teraniaya yang pada asalnya merupakan haiwan-haiwan yang dimiliki atau dibiak secara komersial. Tetapi apabila populasinya meningkat dan tidak terkawal serta kurang nilai atau kualiti maka pilihan terakhir adalah membuang atau menghantar di pusat perlindungan haiwan.

Namun tidak semua haiwan dapat diterima di pusat perlindungan tersebut kerana kengkangan ruang, waktu, pekerja dan dana. Disebabkan itu kelihatan banyak haiwan jalanan dan terbiar di taman perumahan dan kedai-kedai makan di kawasan industri. Oleh kerana mereka ini adalah no kill shelter maka ia melibatkan banyak kos termasuk memandulkan, memberi vaksin serta supplement kesihatan secara berkala.

Di samping membeli keperluan makanan, peralatan serta perkakas dan kesukaran untuk mendapatkan para sukarelawan yang tetap.

Dimaklumkan di Amerika sahaja dianggarkan 4 juta strays anjing/kucing mati di pusat perlindungan akibat kepadatan populasi.
(sumber dari Google Wikipedia)

Apabila sebaliknya berlaku maka lebih banyak strays yang berkeliaran tanpa pengawasan dan menyebabkan suasana kurang selesa buat segelintir masyarakat tempatan. Ada yang beranggapan strays sebagai haiwan ganas dan menyerang manusia tanpa bersebab dan juga mengotorkan persekitaran dan juga kacau ganggu.

 Aduan demi aduan diterima oleh pihak Majlis Daerah setempat dan mereka tiada pilihan selain untuk menangkap strays ini.  Mereka dikurung di pound atau pusat kurungan dalam tempoh yang ditetapkan antara 10-14 hari.  Dalam tempoh tersebut jika tiada pemilik yang datang untuk menuntut haiwan tersebut maka akan dilupuskan. Memang diakui tidak ramai yang dapat menerima strays tersebut dilupuskan termasuk diri aunty.  Bagi aunty tiada manusia yang berhak menentukan hidup mati strays tersebut melainkan penciptaNya. Namun dari segi perundangan ia dibenarkan.

Apakah mampu kita menghalang perlupusan strays secara berterusan?  Jawapannya ada pada kita, setiap dari kita boleh melakukan dan membantu selagi terdaya. Pertama bagi pemilik haiwan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap haiwan peliharaan. Pastikan kesihatan makan-minum dan tempat tinggal mereka dijaga dan dibersihkan pada setiap masa dan tidak dibiarkan berkeliaran di merata tempat. Pastikan dimandulkan dan telah divaksin. Elak dari membiak kerana ia akan meningkatkan populasi yang sediada.  Jika tidak berkemampuan untuk menjaga maka cari penjaga tetap melalui adopsi.  Jika tidak boleh juga dilakukan TNRM iaitu perangkap mandul lepas dan kawal strays oleh feeder dan rescuer yang ada di setiap kawasan dan perumahan.

Bagi pusat perlindungan yang sediada pula, masyarakat boleh membantu dengan cara memberi sumbangan kewangan dan makanan. Sponsorship juga dialukan-alukan bagi setiap haiwan yang ada di pusat perlindungan haiwan tersebut. Selain itu sumbangan seperti suratkhabar lama, pakaian terpakai, bahan-bahan pembersih dan juga tenaga kerja. Yang pasti tidak sesekali membeli haiwan peliharaan sebaliknya adopt melalui adopsi oleh pusat perlindungan dan perseorangan. Dengan cara ini dapatlah kita mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh pusat perlindungan dan pada waktu yang sama tidak menambah populasi strays.

Mungkin cadangan ini tidak dapat diterima tetapi bila difikirkan strays juga mampu setanding dengan mereka yang berbaka. Malah lebih mudah untuk dijaga terutama bagi yang kurang berkemampuan. Apapun kita perlu ingat, ajal maut rezeki kesihatan semuanya ditentukan olehNya. Kita hanya mampu untuk berusaha, berdoa dan bertawakal padaNya. Yakin walauapa keadaan kita tetap menjaga strays dengan terbaik dengan cara tersendiri.

Semoga pada suatu hari nanti tidak lagi kedengaran istilah pelupusan haiwan walaupun ia tampak agak mustahil.