Perjalanan ke seberang laut menemukan aunty dengan seorang lndependent Animal Rescuer yang berada di negara jiran Indonesia. Tempat yang dituju sebuah kotaraya yang sibuk dan sedang pesat membangun, Kota Jakarta. Wanita yang berusia 33 tahun dan masih bujang, saudari Lily Turangan yang aktif menyelamatkan haiwan jalanan tidak kira kucing mahupun anjing di sekitar Jakarta.
Lily dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang mempunyai ikatan persekitaran yang di kelilingi haiwan seperti ayam dan anjing. Walaupun begitu, tidak pernah terlintas di hatinya bahawa suatu masa kelak ia akan menjadi seorang rescuer.
Lily tidak mengetahui bahawa di luar sana terdapat banyak haiwan jalanan yang memerlukan bantuan. Sehinggalah pada suatu hari, seekor kucing datang ke rumahnya dalam keadaan luka yang besar di belakang tubuh dan luka-luka kecil di kakinya.

Kucing tersebut diberi nama Duren dan keadaannya amat kurus dan lemah kerana kekurangan zat. Dengan bantuan temannya yang juga merupakan seorang pencinta haiwan, kucing itu dibawa ke vet di lokasi yang terdekat. Menurut vet di klinik tersebut, Duren didapati cedera akibat bergaduh sesama sendiri dan terkena simbahan air panas.
Lily amat terkejut dan tidak dapat membayangkan betapa kejamnya manusia kerana sanggup mencederakan haiwan seperti kucing. “Kalau tidak suka janganlah sehingga mereka disakiti sedemikian rupa kerana mereka juga makhluk seperti kita”. Katanya dan sejak saat itu, ia terus aktif menjadi penyelamat haiwan tanpa menoleh ke belakang lagi.
Bagi wanita ini sebaiknya kucing atau anjing yang telah diselamatkan perlu diadopt atau dipelihara. Namun menurutnya perkara ini tidak semudah seperti yang dijangka, adopsi strays adalah hampir mustahil terutamanya di Jakarta. Tidak ramai yang berminat untuk mengadopsi terutamanya strays yang kurang upaya. Akhirnya Lily sendiri mengambil mereka untuk dipelihara, setakat ini sebanyak 12 ekor kucing dan seekor anjing yang tinggal bersamanya sementara yang lainnya berada di luar rumah.
Rutin harian Lily bermula dengan memberi makan kucing-kucing dan anjing yang berada di dalam rumah kemudian diikuti di luar rumah pula. Anjing dan kucing ini diberi makan kibbles dan diselang-selikan dengan rebusan ikan atau ayam bersama nasi. Amat bertuah haiwan ini kerana adanya seorang insan seperti Lily Turangan yang sanggup membantu mereka mengikut kemampuannya.
Walaupun persepsi masyarakat di sana masih tidak terbuka dengan konsep adopsi haiwan jalanan. Namun begitu ia tidak keseorangan kadangkala Lily dibantu teman-teman facebook seperti Unyil Chica dan Wid Endah. Mereka saling bertukar pandangan dan memberi buah fikiran sesama sendiri untuk kelangsungan memudahkan urusan menyelamat.
Selain itu, kini para pencinta dan penyelamat haiwan di negaranya sedang giat mengadakan aktiviti pemandulan kucing dan anjing secara bergerak dan mendapat subsidi melalui Steril Yuk yang penaungnya adalah Lily Wijaya dan Mrs Upik. Sambutan yang ditunjukkan oleh penduduk tempatan amat memberangsangkan dan diharap kesedaran di kalangan masyarakat mengenai pemandulan meningkat. Impian Lily semoga setiap rumah akan sanggup untuk mengadopsi haiwan jalanan yang telah diselamatkan di merata tempat.

Di samping itu mereka juga tidak perlu berkira membelanjakan wang untuk memandulkan setiap strays agar dapat mengekang populasi strays yang semakin meningkat. Selagi ia tidak menjadi kenyataan maka selagi itu, Lily akan menyelamatkan dan mengamalkan TNRM atau Trap Neuter Release and Manage diikuti dengan mendidik masyarakat untuk merubah persepsi.
Menurut Lily, masyarakat umum sering mengaitkan kekejaman yang dilakukan manusia mempunyai hubungkait sikap buas haiwan.
Ini disangkal Lily samasekali dan agak tidak adil kerana mana mungkin haiwan boleh menjadi sekejam manusia yang dikurniakan akal dan fikiran.
Ini disangkal Lily samasekali dan agak tidak adil kerana mana mungkin haiwan boleh menjadi sekejam manusia yang dikurniakan akal dan fikiran.
Baginya kekejaman itu wujud dari dalam diri manusia itu sendiri. Manakala sifat ehsan pula terbit dari hati dan sifat mulia seseorang. Wanita ini membuat kesimpulan dengan penuh keyakinan bahawasanya seseorang yang kejam terhadap haiwan tidak mungkin datang dari seseorang yang berakhlak mulia.
Aunty percaya pendapatnya dikongsi bersama oleh semua pencinta dan penyelamat haiwan. Bagi aunty pekerti yang mulia bermula dari tindakan yang baik termasuk ehsan terhadap haiwan. Harapan aunty semoga impian Lily bersama pencinta dan penyelamat haiwan yang seangkatan dengannya tercapai jua.