Showing posts with label Binatang Beribadat. Show all posts
Showing posts with label Binatang Beribadat. Show all posts

Thursday, November 01, 2012

Pendapat Imam al-Bukhari Tentang Anjing

Pendapat Imam al-Bukhari Tentang Anjing
Oleh Lutfi Latif

Dengan Nama Allah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 
Segala pujian bagi Allah SWT dengan limpah kurnia, rahmat dan kasih sayang-Nya, saya masih diberikan kudrat untuk menulis di blog ini. Saya juga bersyukur kerana pada kali ini, Allah SWT telah memberikan saya semangat untuk membaca kitab Fath al-Bari Syarh Sahih al- Bukhari karya Syeikh al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani

Baru-baru ini teman saya ada membawakan sebuah rakaman video tentang fiqh Imam al-Bukhari berkaitan dengan anjing. Apakah ianya najis atau tidak? Perkara inilah yang mendorong saya untuk menulis tentang anjing  dan apakah yang telah disyarahkan oleh Syeikh Ibnu Hajar al-Asqalani. 

Imam al-Bukhari pada awal perbincangan berkaitan dengan anjing telah membawakan pendapat Atha' bin Abi Rabah, al-Zuhri dan Sufyan al-Tsauri tentang kesucian air liur anjing. 

وَكَانَ عَطَاءٌ لاَ يَرَى بِهِ بَأْسًا أَنْ يُتَّخَذَ مِنْهَا الْخُيُوطُ وَالْحِبَالُ ، وَسُؤْرِ الْكِلاَبِ وَمَمَرِّهَا فِى الْمَسْجِدِ . وَقَالَ الزُّهْرِىُّ إِذَا وَلَغَ فِى إِنَاءٍ لَيْسَ لَهُ وَضُوءٌ غَيْرُهُ يَتَوَضَّأُ بِهِ . وَقَالَ سُفْيَانُ هَذَا الْفِقْهُ بِعَيْنِهِ ، يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى ( فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا ) وَهَذَا مَاءٌ ، وَفِى النَّفْسِ مِنْهُ شَىْءٌ ، يَتَوَضَّأُ بِهِ وَيَتَيَمَّمُ 

Kemudian, Imam al-Bukhari telah membawakan beberapa hadis yang menjadi dalil bagi pendapat tersebut. Pertama, hadis yang menyebut "Jika anjing minum dalam bekas salah seorang di antara kalian, maka basuhlah bekas tersebut sebanyak 7 kali."

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ « إِذَا شَرِبَ الْكَلْبُ فِى إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْسِلْهُ سَبْعًا 

Hadis yang semakna dengannya telah dijadikan dalil di sisi mazhab Syafi'i tentang kenajisan anjing. Tetapi hadis-hadis ini mendapat kritikan yang hebat. Ini kerana hadis-hadis yang menyebutkan tentang basuhan jilatan anjing itu adalah diriwayatkan oleh Abu Hurairah, padahal Abu Hurairah sendiri tidak mengamalkan hadis tersebut kerana berfatwa memadai membasuh sebanyak 3 kali sahaja. Oleh sebab itu, ulama mengkritik hadis ini kerana perawi (orang yang meriwayatkan) sendiri tidak mengamalkan hadis tersebut. 

Tetapi, Syeikh Ibnu Hajar telah memberitahu bahawa kenyataan itu tidak boleh diterima, kerana terdapat riwayat lain yang menyebutkan bahawa Abu Hurairah menyuruh membasuh sebanyak 7 kali akan jilatan anjing. 

Kritikan kedua terhadap hadis tersebut ialah ada hadis lain yang menyebutkan bukan bilangan 7 kali basuhan, tetapi sebanyak 8 kali basuhan dan riwayat 8 kali basuhan ini adalah riwayat yang sahih.

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « طُهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولاَهُنَّ بِالتُّرَابِ 

Seolah-olah menunjukkan bahawa Mazhab Syafi'i dan Mazhab Hanafi sama-sama tidak mengamalkan hadis, sebab menurut mazhab Syafi'i perlu basuh sebanyak 7 kali. Tetapi menurut mazhab Hanafi, memadai basuh 3 kali. 

Kemudian, Syeikh Ibnu Hajar berkata bahawa riwayat yang menyebutkan bilangan 7 kali dan 8 kali itu mungkin boleh digabungkan. Jika mengamalkan riwayat yang menyebut 8 kali maka sekaligus mengamalkan riwayat yang menyebut 7 kali, tetapi tidak sebaliknya. Sungguhpun demikian, ada ulama yang menjelaskan bahawa riwayat yang menyebut 8 kali itu bilangan kelapan ialah sebagaimana yang disebutkan oleh teks hadis, "dengan tanah." 

Jadi, mereka yang basuh sebanyak 7 kali basuhan kerana pada salah satu basuhan itu telah dicampurkan air dengan tanah (air + tanah = air tanah). 

Manakala riwayat yang menyebut sebanyak 8 kali itu sekiranya tidak dicampurkan air dengan tanah (maksudnya mula-mula bekas itu digosok dengan tanah kemudian dibasuh sebanyak 7 kali basuhan dengan air). 

Setelah itu, Imam al-Bukhari membawa pula sebuah hadis tentang seorang lelaki melihat seekor anjing yang kehausan, lalu ia mengisi air pada kasutnya dan membawa air itu kepada anjing untuk diminum, Allah pun redha syurga buat lelaki itu. 

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - « أَنَّ رَجُلاً رَأَى كَلْبًا يَأْكُلُ الثَّرَى مِنَ الْعَطَشِ ، فَأَخَذَ الرَّجُلُ خُفَّهُ فَجَعَلَ يَغْرِفُ لَهُ بِهِ حَتَّى أَرْوَاهُ ، فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ فَأَدْخَلَهُ الْجَنَّةَ 

Menurut Syeikh Ibnu Hajar, hukum hadis tersebut belum tentu dapat diterapkan pada masa umat Muhammad SAW, kerana hal ini melibatkan perbincangan seputar Syar' Man Qablana (Syariat Sebelum Kita). Boleh jadi hukumnya sudah terhapus dengan adanya hadis yang menyebutkan suruhan agar membasuh jilatan anjing. Atau mungkin, lelaki tadi bawa air dengan kasutnya tetapi tidak meminumkan anjing tersebut langsung dengan kasutnya. Atau mungkin setelah meminumkan anjing tersebut, lelaki itu mencuci kasutnya. 

Selanjutnya, Imam al-Bukhari telah membawa sebuah hadis untuk menunjukkan kesucian anjing menerusi sebuah hadis yang menunjukkan bahawa pada masa Nabi SAW, anjing-anjing kencing merata-rata dan memasuki kawasan masjid. Namun, mereka tidak pula memerciki air pada tempat yang dilalui oleh anjing tersebut. 

حَدَّثَنِى حَمْزَةُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ أَبِيهِ قَالَ كَانَتِ الْكِلاَبُ تَبُولُ وَتُقْبِلُ وَتُدْبِرُ فِى الْمَسْجِدِ فِى زَمَانِ رَسُولِ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - فَلَمْ يَكُونُوا يَرُشُّونَ شَيْئًا مِنْ ذَلِكَ 

Menurut al-Mundziri, anjing-anjing itu sebenarnya kencing di luar kawasan masjid, kemudian melalui kawasan masjid, kerana pada saat itu masjid masih terbuka (terdedah atau tidak tertutup). 

Syeikh Ibnu Hajar pula berpendapat bahawa anjing-anjing itu melalui kawasan masjid pada saat awal permulaan Islam, ketika itu kemuliaan masjid belum dijaga sebaiknya kerana terdedah. Tetapi setelah itu terdapat riwayat daripada Saidina Umar RA yang menyuruh memuliakan masjid dan menjaga kesucian masjid. 

Saya (Lutfi) mengatakan mungkin ada ulama yang menjadikan hadis ini sebagai dalil untuk menunjukkan kesucian anjing jika dalam keadaan kering, tetapi tidak suci jika terdapat basahan daripada anjing tersebut, kerana anjing yang berada di luar kawasan masjid tadi dalam keadaan basah, manakala ketika berada dalam kawasan masjid ia berada dalam keadaan kering. Walaupun dalil yang lebih tepat dalam hal ini adalah dalil tentang jilatan anjing yang telah disebutkan tadi. 

Kemudian Imam al-Bukhari membentangkan pula sebuah hadis yang menyebut bahawa binatang yang diburu oleh anjing buruan boleh dimakan. Ini menunjukkan kesucian anjing. 

عَنْ عَدِىِّ بْنِ حَاتِمٍ قَالَ سَأَلْتُ النَّبِىَّ - صلى الله عليه وسلم - فَقَالَ « إِذَا أَرْسَلْتَ كَلْبَكَ الْمُعَلَّمَ فَقَتَلَ فَكُلْ ، وَإِذَا أَكَلَ فَلاَ تَأْكُلْ ، فَإِنَّمَا أَمْسَكَهُ عَلَى نَفْسِهِ 

Tetapi Syeikh Ibnu Hajar membantah andaian tersebut kerana hadis itu sekadar untuk menunjukkan bahawa buruan anjing adalah buruan secara syar'i. Rasulullah SAW tidak menyuruh supaya membasuh binatang yang diburu oleh anjing buruan kerana sahabat tersebut sudah mengetahui apa yang perlu dilakukan terhadap binatang yang diburu oleh anjing buruan, yakni mesti dibasuh terlebih dahulu pada bahagian yang dijilat oleh anjing sebelum memasak atau memanggangnya. 

Kesimpulannya, menurut Syeikh Ibnu Hajar al-Asqalani, fiqh Imam al-Bukhari dalam masalah anjing ialah haiwan tersebut tidak najis. Ironinya, pensyarah kitab Sahih al-Bukhari, yakni beliau sendiri (Syeikh Ibnu Hajar) pula berpendapat bahawa anjing adalah najis dan membawakan pelbagai argumen (hujah). 

Wallahu a'lam bis shawab.

Sekian. Wabillahi tawfiq wal hidayah. 
Wassalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. 

Rujukan:
1. Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, karya Syeikh al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani.
2. Al-Sunnah wa Makanatuha fi Tasyri' al-Islami, karya Dr. Mustafa al-Siba'i.





Tuesday, October 23, 2012

Hukum Jual Beli Kucing Samada Haram Atau Sebaliknya


Hukum menjual belikan kucing adalah haram berdasarkan dalil hadits Nabi SAW dan kaidah fiqih (al-qawa’id al-kulliyah).
Dalil hadits Nabi SAW, diriwayatkan dari sahabat Jabir bin Abdillah RA bahwasanya Nabi SAW telah melarang memakan kucing dan melarang pula memakan harga kucing (nahaa [an-nabiyyu] ‘an akli al-hirrah wa ‘an akli tsamaniha) (HR. Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Al-Hakim, hadits shahih. Lihat Imam As-Suyuthi, Al-Jami’ Al-Shaghir, Juz II hal. 191).

Hadits Nabi SAW itu menjadi dalil haramnya memakan kucing dan memperjual-belikan kucing. Jadi kita diharamkan memperdagangkan kucing sebagaimana kita diharamkan memakan daging kucing (Tentang haramnya memakan kucing lihat Asy-Syarbaini Al-Khathib, Al-Iqna`, Juz II hal. 273; Syaikh Zakariyya Al-Anshari, Fathul Wahhab, Juz II hal. 192).

Adapun dasar dari kaidah fiqih, adalah kaidah fiqih yang berbunyi : Kullu maa hurrimaa ‘ala al-‘ibaad fabai’uhu haraam(Segala sesuatu yang diharamkan atas hamba, maka memperjualbelikannya adalah haram juga) (Lihat Taqiyuddin An-Nabhani, Asy-Syakhshiyyah Al-Islamiyyah, Juz II hal. 248).Kaidah ini menjelaskan bahwa apa saja yang telah diharamkan syara’, maka diharamkan pula memperjualbelikannya. Baik sesuatu itu diharamkan memakannya (seperti babi, darah, bangkai, singa, elang, anjing), diharamkan meminumnya (seperti khamr), diharamkan membuatnya (seperti patung atau gambar makhluk bernyawa), atau diharamkan pada segi-segi yang lainnya.

Ketika sudah jelas bahwa syara’ mengharamkan kita untuk memakan daging kucing, maka haram pula menjual belikan kucing berdasarkan kaidah fiqih tersebut.

Dengan demikian, jelaslah bahwa menjual belikan kucing adalah haram berdasarkan dalil hadits Nabi SAW dan kaidah fiqih tersebut. Wallahu a’lam

(Sumber :http://rahma02.wordpress.com/2007/10/09/hukum-jual-beli-kucing/) 



Jumhur ulama berpendapat bahwa dibolehkan menjual seekor kucing, diantara mereka adalah para ulama madzhab yang empat. Sementara sebagian ahli ilmu mengharamkannya, diantaranya az Zhahiriyah, juga dinukil dari Abu Hurairoh, Mujahid dan Jabir bin Zaid oleh Ibnul Mundzir, serta dinukil dari Thawus oleh al Mundziriy. Pendapat inilah yang paling tepat yang ditunjukkan oleh nash, diriwayatkan oleh Muslim dari Abu az Zubeir berkata,”Aku bertanya kepada Jabir tentang uang dari (hasil penjualan) anjing dan kucing? Dia berkata,”Hal itu telah dilarang oleh Nabi saw.”

Abu Daud meriwayatkan bahwa Nabi saw melarang uang dari (hasil penjualan) anjing dan kucing. Baihaqi juga meriwayatkan bahwa Rasulullah saw melarang memakan (daging) kucing dan melarang uang (penjualan) nya.”

Sebagian ahli ilmu telah melemahkan hadits-hadits tersebut akan tetapi pendapat mereka ini tertolak.Imam an Nawawi didalam “al Majmu’” mengatakan,”Adapun apa yang disebutkan oleh al Khottobi dan Ibnul Mundzir bahwa hadits itu lemah maka tidaklah benar karena hadits tersebut terdapat didalam shahih Muslim dengan sanad yang shahih…

Al Baihaqi didalam “as Sunan” memberikan jawaban terhadap jumhur,”Bahwa sebagian ahli ilmu menjadikan hadits tersebut untuk kucing apabila kucing itu liar yang tidak bisa dijinakkan, diantara mereka menganggap bahwa hal itu terjadi pada permulaan islam ketika kucing itu dianggap najis kemudian ketika liur kucing itu diangga suci maka harganya boleh diambil, dan tidak satu pun dari kedua pendapat itu yang memiliki dalil yang jelas.”

Ibnul Qoyyim meyakini akan keharaman penjualannya didalam “Zaad al Ma’ad” dan mengatakan,”Demikianlah fatwa Abu Hurairoh yang juga pendapat Thawus, Mujahid bin Zaid, seluruh ahli Zhahir dan salah satu riwayat dari Ahmad, serta pendapat yang dipilih oleh Abu Bakar, dan inilah pendapat yang benar berdasarkan hadits yang shahih dan tidak adanya pertentangan didalamnya mewajibkan untuk berpendapat seperti ini.

Ibnul Mundziriy berkata,”Sesugguhnya terdapat riwayat dari Nabi saw tentang larangan dari menjualnya dan penjualannnya adalah kebatilan dan jika (tidak ada larangan) maka boleh.” Dan dia telah mengetahui bahwa hadits tersebut adalah betul maka seharusnya madzhab Ibnul Mundzir mengharamkan penjualannya. (Markaz al Fatwa no. 18327)
Wallahu A’lam


(Sumber :http://alilmu-online.blogspot.com/2009/12/syariah-islam-hukum-jual-beli-kucing.html)




Monday, October 22, 2012

Mengubah Persepsi Tidak Mudah

Mengubah persepsi bukanlah perkara yang mudah kerana ia memerlukan ketabahan, kesabaran, kecekalan hati serta buah fikiran untuk diterima oleh umum walaupun menerima cacian, kutukan, penghinaan malah difitnah namun ia mesti diteruskan terutama untuk memperjuangkan hak mereka yang tidak bersuara. 

Pasti ada yang bersetuju dan ada pula yang membantah. Tidak mengapa kerana ia merupakan adat kehidupan tidak semua yang akan menerimanya kadangkala segelintir sahaja. Yang penting mesej telah disampaikan dan perlu diteruskan tanpa putus asa.

Ditakdirkan ada diantara kita yang berbeza pendapat maka terimalah dengan hati terbuka. Usahlah kita saling berdebat dan membiarkan isu berpanjangan kerana pasti tiada huraian yang akan ditemui. Jika sesuatu pendapat itu terbukti kebenaran tetapi tidak punya kekuatan untuk menerima maka tinggalkan ia dan doakan pada mereka yang meneruskan pendapat tersebut semoga diredhai. Jika sememangnya salah maka terima segala teguran dan berusaha untuk perbaikinya walaupun bukannya mudah untuk lakukan sedemikian.

Janganlah kita menjatuhkan hukuman diantara satu sama lain kerana hukuman yang mutlak hanya ada padaNya. Siapalah kita untuk menghukum insan lain sebaliknya doakan antara satu sama lain semoga kehidupan kita ini sentiasa berada di jalan yang benar.



Thursday, October 18, 2012

Binatang Juga Beribadat Kepada Allah


Allah S.W.T berfirman (yang bermaksud):

"Dan beribadatlah kepada Aku, kerana inilah jalan (Agama) yang lurus dan betul". (Surah Yasin : 61).

Bukan hanya manusia sahaja beribadat kepada Allah S.W.T. Malah semua makhluk yang wujud ini adalah beribadat kepada Allah, dengan cara mereka tersendiri.

Ini jelas dari Firman Allah S.W.T (yang bermaksud):

"Tidaklah engkau lihat bahawa makhluk-makhluk di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah. Matahari, bulan dan bintang, bukit-bukau dan pokok-pokok dan juga binatang dan dari jenis manusia. Dan banyak daripada mereka berhak mendapat azab (kerana tidak sujud kepada Allah)". (Surah al-Haq : 17).