Furry Friendly Farms, Cherishlife Home, MIAR, Langkawi
Animal Shelter and Sanctuary (LASSIE) , Noah’s Ark Natural Animal Sanctuary dan
sebagainya adalah di antara beberapa pusat perlindungan haiwan yang beroperasi
secara persendirian di Malaysia. Pusat
perlindungan ini kebanyakkannya mengamalkan polisi “no kill shelter” atau tiada pembunuhan.
Tiada istilah PTS, euthanize atau tidur di dalam pusat perlindungan sebegini. Semua haiwan seperti kucing , anjing, kuda, monyet dan lain-lain dilindungi dan dipelihara sehingga ke akhir hayat. Melainkan haiwan tersebut mengalami sakit tenat atau berpenyakit yang tiada penawar barulah kaedah PTS digunapakai sebagai langkah terakhir.
Pusat perlindungan ini pada asasnya wujud bertujuan untuk membantu dan memberi perlindungan kepada haiwan-haiwan terbiar atau teraniaya yang pada asalnya merupakan haiwan-haiwan yang dimiliki atau dibiak secara komersial. Tetapi apabila populasinya meningkat dan tidak terkawal serta kurang nilai atau kualiti maka pilihan terakhir adalah membuang atau menghantar di pusat perlindungan haiwan.
Namun tidak semua haiwan dapat diterima di pusat perlindungan tersebut kerana kengkangan ruang, waktu, pekerja dan dana. Disebabkan itu kelihatan banyak haiwan jalanan dan terbiar di taman perumahan dan kedai-kedai makan di kawasan industri. Oleh kerana mereka ini adalah no kill shelter maka ia melibatkan banyak kos termasuk memandulkan, memberi vaksin serta supplement kesihatan secara berkala.
Di samping membeli keperluan makanan, peralatan serta
perkakas dan kesukaran untuk mendapatkan
para sukarelawan yang tetap.
Dimaklumkan di Amerika
sahaja dianggarkan 4 juta strays anjing/kucing mati di pusat perlindungan akibat
kepadatan populasi.
(sumber dari Google
Wikipedia)
Apabila sebaliknya berlaku maka lebih banyak strays yang
berkeliaran tanpa pengawasan dan menyebabkan suasana kurang selesa buat segelintir
masyarakat tempatan. Ada yang beranggapan strays sebagai haiwan ganas dan
menyerang manusia tanpa bersebab dan juga mengotorkan persekitaran dan juga
kacau ganggu.
Aduan demi aduan
diterima oleh pihak Majlis Daerah setempat dan mereka tiada pilihan selain untuk
menangkap strays ini. Mereka dikurung di
pound atau pusat kurungan dalam tempoh yang ditetapkan antara 10-14 hari. Dalam tempoh tersebut jika tiada pemilik yang
datang untuk menuntut haiwan tersebut maka akan dilupuskan. Memang diakui tidak
ramai yang dapat menerima strays tersebut dilupuskan termasuk diri aunty. Bagi aunty tiada manusia yang berhak
menentukan hidup mati strays tersebut melainkan penciptaNya. Namun dari segi perundangan
ia dibenarkan.
Apakah mampu kita menghalang perlupusan strays secara
berterusan? Jawapannya ada pada kita,
setiap dari kita boleh melakukan dan membantu selagi terdaya. Pertama bagi
pemilik haiwan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap haiwan peliharaan. Pastikan
kesihatan makan-minum dan tempat tinggal mereka dijaga dan dibersihkan pada
setiap masa dan tidak dibiarkan berkeliaran di merata tempat. Pastikan
dimandulkan dan telah divaksin. Elak dari membiak kerana ia akan meningkatkan
populasi yang sediada. Jika tidak
berkemampuan untuk menjaga maka cari penjaga tetap melalui adopsi. Jika tidak boleh juga dilakukan TNRM iaitu
perangkap mandul lepas dan kawal strays oleh feeder dan rescuer yang ada di
setiap kawasan dan perumahan.
Bagi pusat perlindungan yang sediada pula, masyarakat boleh membantu
dengan cara memberi sumbangan kewangan dan makanan. Sponsorship juga
dialukan-alukan bagi setiap haiwan yang ada di pusat perlindungan haiwan
tersebut. Selain itu sumbangan seperti suratkhabar lama, pakaian terpakai,
bahan-bahan pembersih dan juga tenaga kerja. Yang pasti tidak sesekali membeli
haiwan peliharaan sebaliknya adopt melalui adopsi oleh pusat perlindungan dan
perseorangan. Dengan cara ini dapatlah kita mengurangkan bebanan yang
ditanggung oleh pusat perlindungan dan pada waktu yang sama tidak menambah
populasi strays.
Mungkin cadangan ini tidak dapat diterima tetapi bila
difikirkan strays juga mampu setanding dengan mereka yang berbaka. Malah lebih
mudah untuk dijaga terutama bagi yang kurang berkemampuan. Apapun kita perlu
ingat, ajal maut rezeki kesihatan semuanya ditentukan olehNya. Kita hanya mampu
untuk berusaha, berdoa dan bertawakal padaNya. Yakin walauapa keadaan kita
tetap menjaga strays dengan terbaik dengan cara tersendiri.
Semoga pada suatu
hari nanti tidak lagi kedengaran istilah pelupusan haiwan walaupun ia tampak
agak mustahil.