Orangnya mudah melemparkan senyuman, peramah dan tidak terlalu berahsia. meyebabkan aunty rasa senang apabila bersamanya.
Raut wajahnya yang ayu memaparkan beliau adalah seorang wanita yang pengasih, penyayang dan pemurah. Ternyata benar beliau merupakan seorang rescuer yang giat menyelamat haiwan tidak kira samada di Singapura mahu pun sekitar Johor Bahru.
Beliau mula melibatkan diri sebagai rescuer sejak berusia 14 tahun dan mengikut jejak langkah almarhum nenek beliau, yang juga merupakan seorang pencinta haiwan.
Beliau mula melibatkan diri sebagai rescuer sejak berusia 14 tahun dan mengikut jejak langkah almarhum nenek beliau, yang juga merupakan seorang pencinta haiwan.

Masa yang dilalui selain bermesra dengan anak cucu dipenuhi dengan menyelamat strays. Kini neneknya telah kembali ke rahmatullah pada usia tua.

Rosidah dan suami menamakannya Ali dan ia merupakan anjing pertama yang hadir dalam hidup mereka. Sejak itu kehidupan mereka ceria dan gembira.
Baru beliau mengetahui dan mengenali mengapa anjing disebut sebagai Teman Setia pada manusia. Selain dari itu, beliau bersama suami juga mula menyelamatkan kucing jalanan yang berkeliaran di sekitar kediaman mereka.
Bermulanya episod baru apabila beliau membuat keputusan untuk adopt Ali tinggal bersama mereka. Banyak masalah yang beliau dan suami hadapi dengan jiran berdekatan hampir setiap hari. Mereka terpaksa mengambil keputusan untuk meletakkannya di pusat perlindungan sementara mencari kediaman lain, Namun hajat mereka tidak kesampaian, Ali pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya di pusat perlindungan tersebut akibat tercekik kolar yang dipakainya.

Jumlah yang diselamatkan setakat ini adalah sebanyak 21 ekor kucing dan 7 ekor anjing. Lebih mengharukan kesemuanya adalah strays.
Betapa mulianya hati wanita ini yang bersifat waja dan kental. Biarpun mendapat tentangan namun masih meneruskan perjuangan untuk menyelamatkan strays. Beliau tidak perlu pergi jauh untuk menyelamatkan strays memadai hanya dengan di sekitar kediaman beliau.
Sebagai mengingati anjing pertama beliau yang telah mati beliau dan suami telah mengadaptasikan facebooknya dengan nama 'Ali the Mongrel' Facebook tersebut intipatinya memberikan didikan kepada masyarakat supaya menyayangi haiwan jalanan dan ianya tidak perlu disakiti, didera atau dicederakan. Haiwan jalanan ini terutamanya anjing perlu dilihat. sebagai makhluk ciptaan Allah Subhanahu wataala. Beliau dan suami telah menterjemahkannya di dalam diri mereka.

Tidak dilupakan juga strays yang berada di belakang rumah untuk menyediakan makanan dan minuman yang secukupnya. Kos perbelanjaan untuk mereka melibatkan sejumlah RM2000 sebulan. Semuanya atas hasil mereka suami isteri.
Terkini beliau dan Wira Fans Club sedang mengadakan kerjasama untuk TNA - Trap Neuter and Adopt atau Tangkap, Mandul dan Adopt di Pandan City, Johor Bahru. Menjadi harapan setiap pencinta dan penyelamat haiwan semoga program tersebut berjalan lancar.
Beliau mengakui banyak menerima kekangan serta sindiran daripada masyarakat sekitar, walaupun tidak mudah untuk dirinya, Rosidah bersama suami tetap berlapang dada atas segala ketetapanNya yang dilalui ketika ini.
Tambah beliau, rumah yang disewa ketika ini tidak sebesar mana namun beliau merasa amat gembira dapat memberikan perlindungan, makan minum dan kasih-sayang sepenuhnya untuk setiap satu.
Beliau sentiasa berdoa semoga dirinya diberi kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan apa yang telah beliau mulakan sejak 3 tahun lepas.

Harapan dan impian beliau untuk memberikan yang terbaik kepada strays dengan membina sebuah pusat perlindungan haiwan pada masa hadapan kelak tercapai.
Pada beliau haiwan jalanan melalui kehidupan yang sukar di luar sana. Kasihani mereka.
Pada beliau haiwan jalanan melalui kehidupan yang sukar di luar sana. Kasihani mereka.
Selamatkan dan pelihara mereka jangan membeli. Ini menjadi prinsip dan pengangan beliau, menurutnya itulah yang terbaik.
Harapan aunty pula, semoga terlaksana jua akhirnya impian yang suci lagi murni ini.
Menyediakan tempat berlindung dan memastikan kebajikan mereka terjaga merupakan satu impian dan amalan yang mulia kerana agama mengajar umatnya untuk bersifat ehsan.
Menyediakan tempat berlindung dan memastikan kebajikan mereka terjaga merupakan satu impian dan amalan yang mulia kerana agama mengajar umatnya untuk bersifat ehsan.