
Beberapa hari ini kami merasa amat pelik kerana jumlah mereka semakin berkurangan dan tidak diketahui mana perginya. Setelah penat kami bertanya dan selidik, akhirnya kami diketemukan dengan seorang Bangladesh yang menjaga salah sebuah kedai di situ. Barulah kami ketahui apa yang sebenarnya terjadi.
Walaupun banyak diantara mereka yang terselamat namun dihati resah mengetahui akan nasib mereka yang tidak berkesudahan samada mampu meneruskan kehidupan atau sebaliknya. Paling memilukan, yang ditangkap adalah 3 ekor ibu yang masing-masing mempunyai satu, empat dan lima ekor anak-anak yang berusia tidak kurang dari 3 bulan ke bawah. Salah satu dari ibu tersebut kakinya cedera. Kami telah cuba beberapa kali untuk membawanya ke klinik untuk rawatan namun tidak berjaya. Kami tidak dapat bayangkan akan perasaan mereka ketika ditangkap. Menitis airmata memikirkannya.
Ditakdirkan dapat dihalang namun sebaliknya yang berlaku. Tabahkan sahaja hati ini dan redha dengan apa yang berlaku. Bayangkanlah kalau ia terjadi pada kucing-kucing jalanan dan haiwan kesayangan yang lain....bagaimana perasaan anda??